Anda selalu stress? Jangan biarkan ianya berlarutan sehingga memakan diri sendiri dan mengganggu pekerjaan serta rutin harian. Dari terus menderita, cuba tips paling mudah untuk tangani masalah ini hanya dengan menggunakan bahan semulajadi. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengamalkan makanan ini. Antara makanan yang bagus diambil dikala stress ialah :
Menurut Good Relaxation, dan mengendurkan saraf otak dan membantu menghasilkan hormon rileks. Seperti serotonin dan melatonin.
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam beri biru serta beri lain seperti strawberi dan raspberi terbukti dapat menurunkan paras kortisol dalam badan disamping menurunkan tekanan darah supaya badan lebih rileks.
Kandungan antioksidannya yang tinggi juga membantu penghasilan dopamine yang berfungsi untuk menajamkan tumpuan, memori serta membaiki mood seseorang.
Pisang mengandungi dua bahan kimia yang mampu merehatkan otot iaitu potassium dan magnesium. Ini adalah alasan mengapa pisang menjadi makanan para atlet selepas bersukan. Buah ini juga mengandungi tryptophan yang membantu tubuh untuk lebih rileks.
Sekiranya anda sering mengunyah coklat ketika tengah stress, ia terbukti dapat menghalang rasa resah dan tekanan kerana kandungan anandamide dalam setiap coklat. Namun sebaiknya, pilihlah dark coklat yang kurang manis.
Madu mengandungi tryptophan yang tinggi. Ianya mampu mengurangkan rasa cemas dan melancarkan saraf anda. Caranya ialah anda disarankan menambah satu sudu makan madu ke dalam yogurt atau oleskannya pada roti bakar sebagai sarapan pagi. Hidangan ini mampu menjadikan permulaan pagi anda lebih baik sebelum memulakan rutin harian anda.
Avokado bukan saja kaya dengan pelbagai nutrisi penting seperti vitamin E dan folat, namun ia juga mampu menurunkan paras gula dalam badan. Vitamin B dalam avocado dapat mengurangkan rasa cemas manakala kandungan kaliumnya pula dipercayai dapat membantu menurunkan tekanan darah.
Satu kajian mendapati susu yang penuh dengan kebaikan vitamin D mampu untuk mengurangkan symptom keresahan dan kemurungan. Ia juga mampu membekalkan protein laktium yang dapat merehatkan badan dengan menurunkan tekanan darah serta kalium yang membantu meregangkan otot dalam badan.
Green tea atau teh hijau sarat dengan L-theanine, bahan kimia untuk menhilangkan stress dan mendorong rasa tenang. Minum secawan teh hijau tanpa kafein sebelum tidur menjadi cara terbaik releksasi fizikal dan mental setelah seharian dengan rutin yang penuh tekanan.