Bila tekak anda teringinkan makanan Korea, CU Martlah tempat yang paling tepat untuk anda! Anda pasti rambang mata dengan aneka makanan dan minuman yang ditawarkan di sini. Semuanya sedap-sedap belaka!
Nak tahu makanan dan minuman apa yang best di CU Mart? Jom kita tengok 8 makanan yang paling best di CU Mart, rugi tak cuba!
Disediakan segar setiap hari, memang rugi kalau anda tak cuba sendiri pelbagai streetfood yang sedia dimakan di CU Mart. Apa saja streetfood yang terlintas di fikiran anda, CU Mart pasti ada! Antara makanan sedia dimakan yang anda wajib cuba bila ke CU Mart adalah :
Dari kopi yang kaw hingga K-Juice yang menyegarkan, memang rugi kalau anda tak cuba minuman yang best di CU Mart.
Antara minuman yang anda wajib cuba di sini adalah Iced Latte, Jeok Goguma Latte, Jochiwon Peach Tea, K-Fusion Berry.
Di CU Mart, ada pelbagai pilihan jjinbang atau pau dengan inti yang sangat menarik. bila anda ke sini, jangan lupa untuk cuba :
Selain pau, anda juga boleh dapatkan pelbagai jenis sandwich, roti dan pencuci mulut yang confirm sedap di CU Mart! Memang ngam bila dinikmati bersama kopi panas!
Bagi yang selalu tengok K-drama, anda pasti teringin untuk dapatkan feeling makan ramen di convenience store, kan? Jangan tak tahu, anda juga boleh buat sendiri ramen sendiri di CU Mart!
Macam-macam pilihan ramen yang diimport dari Korea menanti anda antaranya Ramen Samyang pelbagai jenis dan Shin Ramyun yang tak asing lagi bagi penggemar makanan Korea.
@amyadam01 Datang CU mart wajib try masak ramen pakai ni baru ala2 korea gitu 😜#cumart #kualalumpur #foodiemalaysia
Korea memang cukup popular dengan menu ayam yang bersalut sos pedas. Jangan lupa untuk dapatkan Korean Chicken yang rangup dan enak di CU Mart iaitu Honey Butter Dak Gang Jeong Chicken, K-Hot Dak Gang Jeong. Semangkuk pun tak cukup!
Nakkan lebih penjimatan? Jom oder combo Mix & Match di CU Mart! Memang berbaloi untuk dikongsi bersama keluarga dan kawan-kawan. Jom kita tengok kombo makanan apa yang best di CU Mart!
Baru dilancarkan bulan ini, CU juga membawakan menu burger dengan sentuhan citarasa Korea. Pilih dari 3 menu burger istimewa yang pastinya menyelerakan iaitu :
Sekarang ada menu makanan dan minuman yang istimewa berinspirasikan musim panas di Pulau Jeju. Tengok pun tau sedap! Pilih di antara minuman yang menyegarkan seperti :
Promosi kali ni lebih istimewa! Berkolaborasi dengan Korean Tourism Organisation (KTO) Malaysia, anda juga berpeluang untuk miliki pouch edisi terhad, stiker dan poskad secara percuma bagi setiap pembelian kombo Jeju Series. Hanya untuk waktu terhad saja tau!
Menariknya makanan dan minuman yang ditawarkan di sini. Terasa macam dekat Korea, memang rugi kalau tak cuba!
Selain makanan dan minuman, terdapat juga pelbagai pilihan snek dan minuman tin yang diimport khas. Pasti anda rambang mata dibuatnya!
Jangan lupa untuk dapatkan pelbagai makanan dan minuman di cawangan CU Mart berdekatan anda! Bagi yang tak berkesempatan, anda juga boleh pesan makanan yang best di sini menerusi aplikasi Grab.
Jangan lupa untuk ikuti laman media sosial CU Malaysia untuk dapatkan promosi serta tawaran terkini! Jom ke CU Mart!
Facebook : CU Malaysia
Instagram : CU Malaysia