Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Suka Matcha? Ini 8 Minuman dan Pemanis Mulut Matcha Super Sedap Yang Wajib Anda Cuba

Suka Matcha? Ini 8 Minuman dan Pemanis Mulut Matcha Super Sedap Yang Wajib Anda Cuba

Kategori: ,,

Walaupun tak semua boleh terima, keenakan rasa matcha yang wangi dan sedikit pahit ada tarikannya tersendiri. Disebabkan penggemarnya yang semakin ramai, pelbagai jenis minuman dan pemanis mulut dicipta bagi memenuhi keinginan matcha lovers!

Jika anda sukakan matcha, jangan lupa untuk cuba 8 minuman dan pemanis mulut Matcha yang serba unik dan dijamin sedap ni. Ramai yang recommend!

8 Minuman dan Pemanis Mulut Matcha Super Sedap Yang Wajib Anda Cuba

1. Matcha Creamcheese

Bagi yang sukakan rasa matcha yang lemak berkrim, cubalah pekena minuman Matcha Creamcheese dari Match It!

Bila anda rasa sendiri, barulah anda tahu kenapa minuman ni laku keras di sini. Bukan setakat Matcha Creamcheese, malah pelbagai minuman matcha yang unik turut disajikan seperti Matcha Horlicks, Matcha Yogurt dan Banana Milk Matcha.

Pemanis mulut berasaskan matcha pun ada seperti burnt cheesecake, muffin, dan brownies. Semuanya menarik untuk dicuba!

Waktu Operasi : Selasa – Ahad : 10.00 pagi 6.00 petag

Instagram : @match__it 

Kredit : Twitter @FatinAsheelo

Kredit : Twitter @NoorShaheedaa

2. Artisan Matcha

Dikatakan sebagai antara jenama kopi botol paling padu di Malaysia, Celsius Coffee turut menawarkan minuman Artisan Matcha untuk penggemar perisa teh hijau.

Rasa minuman matchanya yang pekat, tak terlalu manis dan padat dengan rasa ini dikatakan sedap tak terkata! Matcha lovers wajib cuba!

Kalau anda berada di Lembah Klang, jangan lupa untuk singgah kafenya yang terletak di Putrajaya!

Nak pesan secara online pun boleh!

Alamat : I-G-11, Conezion Persiaran IRC3 IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi :

Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 7.00 malam

Jumaat – Ahad : 8.00 pagi – 12.00 tengah malam

Kredit : Twitter @Ainayb_

3. Boh Green Tea Latte

Kalau anda teringin nak pekena matcha latte dekat rumah, belilah produk 3-in-1 Matcha Green Tea Latte dari Lipton ni.

Rasanya dikatakan cukup padu macam dibancuh di kafe. Kalau nak rasa lebih creamy, tambahlah sedikit susu cair!

Kredit : Twitter @KashonMY

4. Strawberry Matcha Lemonade & Matcha Bun

Peminat matcha wajib singgah kafe yang terletak di The Gasket Alley ni. Memang rugi kalau tak cuba sendiri Strawberry Matcha Lemonade yang sedap dan menyegarkan!

Anda juga wajib cuba matcha bun dari Hejau yang ramai orang recommend! Suasana dan hiasan kafe ini juga teramatlah cantik dan sesuai untuk yang suka bergambar.

Alamat : The Gasket Alley, Unit 15-10, Lot 15, Jalan 13/6, Seksyen 13, Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 12.00 tengah hari – 7.00 malam (tutup setiap Isnin)

Kredit : Instagram @hearts.n.crafts

Kredit : Twitter @hurinfarhanahh

5. Sea Salt Matcha Brookies

Nama IJO sempat tular tak lama dahulu di Twitter sejak berkolaborasi dengan produk lilin yang semerbak harumnya daripada Azfarheri.

Selain menawarkan rangkaian minuman matcha, biskut dengan tekstur ala brownies dari IJO dikatakan teramatlah sedap sampai cepat sold out!

Jangan lupa untuk singgah ke IJO kalau anda berada di sekitar Ampang atau Cyberjaya!

Lokasi IJO. Matcha :

Tamarind Square

Level 3, B.03.03A Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

Liberty Arc

B2-12 Arc @ Ampang Ukay, Persiaran Ampang Ukay, 68000, Selangor.

Minuman dan Pemanis Mulut Matcha

Kredit : Twitter @aegipsh

Kredit : Twitter @harizakwan

6. Matcha Pink Macchiato

Bagi anda yang ingin bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah Matcho Café, iaitu kafe serba pink yang terletak di Lebuh Nordin, Georgetown untuk nikmati Matcha Pink Macchiato.

Setakat ini, hanya di kafe ini sajalah anda dapat nikmati minuman ‘rose infused matcha’ yang sangat istimewa rasanya.

Dah alang-alang ke Matcho Café, jangan lupa untuk cuba Matcha Tiramisu dan Matcha Cheesecake yang sedap dan cair di mulut!

Alamat : 99 Lebuh Noordin,10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi : 2.00 petang – 10.00 malam (tutup setiap Selasa)

Instagram : @matchocafe

Kredit : Instagram @wombatbites

Minuman dan Pemanis Mulut Matcha

Kredit : foursquare.com

7. Matcha Choc Swirl

Sempena musim panas ini, Coffee Bean turut memperkenalkan pelbagai menu terbaru termasuklah berasaskan matcha iaitu Matcha Choc Swirl yang padu! Memang sedap untuk dinikmati bersama minuman kegemaran anda di Coffee Bean.

Untuk matcha lovers, pesanlah minuman berasaskan matcha dari Coffee Bean seperti Matcha Espresso latte atau Matcha Hazelnut Ice Blended yang super sedap!

Jom dapatkannya di cawangan Coffee Bean terdekat hari ini!

Kredit : Twitter @anissazali89

8. Matcha Mango Roulade

Keenakan minuman serta pemanis mulut matcha di Niko Neko Matcha tak perlu diperkenalkan lagi!

Terkenal sebagai jenama Matcha Artisanal ala Jepun nombor satu di Malaysia, aneka minuman dan pemanis mulut Matcha di Niko Neko Matcha memang tak mengecewakan!

Boleh dikatakan semua minuman serta dessert di sini sedap-sedap belaka. Anda wajib cuba pemanis mulut yang paling laris di sini iaitu Matcha Mango Roulade, Matcha Cheesecake dan Crunch Cubes.

Selain menjual aneka minuman dan pemanis mulut matcha, ramai penjual kek serta pengusaha kafe turut menggunakan serbuk matcha dari Niko Neko Matcha yang berkualiti tinggi. Patutlah sedap sangat!

Kredit : Instagram @hungrypammy

Minuman dan Pemanis Mulut Matcha Minuman dan Pemanis Mulut Matcha

Wah, menariknya minuman dan pemanis mulut berasaskan matcha ni! Semuanya nampak sedap untuk dicuba. Bila dah rasa sendiri, silap-silap orang yang tak sukakan matcha pun boleh jatuh cinta!

Jom cuba hari ni!

tags: |