Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » 8 Tips Berkesan Bersihkan Kerak Hitam Pada Periuk dan Kuali, Korang Wajib Cuba!

8 Tips Berkesan Bersihkan Kerak Hitam Pada Periuk dan Kuali, Korang Wajib Cuba!

Kategori:
kerak hitam 15

Pasti ramai suri rumah mengalami masalah kerak hitam pada kuali atau periuk kan? Tambahan pula, bila periuk atau kuali yang sering kita gunakan. Memang akan sedih jadinya.

Tapi para suri rumah jangan risau, anda boleh cuba tips ini. Dengan adanya tips ini anda tak perlu lagi membazir masa, tenaga dan wang ringgit anda! Hanya perlu cuba sahaja 8 tips berkesan ini. Jadi apa tunggu lagi, selamatkan periuk dan kuali anda sekarang!

8 TIPS BERKESAN BERSIHKAN KERAK HITAM 

kerak hitam 9

  1. Cuka Makan – Rebuskan cuka dalam periuk atau kuali yang berkerak hitam. Kemudian, rendamkan seketika hingga periuk betul-betul sejuk dan sental seperti biasa.kerak hitam 2
  2. Baking Soda – Panaskan air dalam periuk atau kuali hingga mendidih dan masukkan baking soda, tunggu ianya sejuk seketika dan boleh dicuci.kerak hitam 4kerak hitam 7
  3. Garam dan Limau Nipis – Gaul rata garam dan air perahan limau nipis menjadi satu adunan yang likat. Kemudian, sapu rata pada permukaan yang berkerak hitam pada periuk atau kuali dan biarkan selama 2 jam. Selesai 2 jam, letak sedikit demi sedikit air pada permukaan yang telah diletakkan garam tadi dan sental.
    Nota: Kuantiti garam dan limau nipis yang diperlukan bergantung kepada saiz periuk atau kuali, lebih besar periuk atau kuali, maka banyaklah kuantiti garam dan limau nipis diperlukan.kerak hitam 5
  4. Krim Tartar –  Rendam krim tartar bersama dengan air semalaman ke dalam periuk atau kuali berkerak hitam anda.kerak hitam 10
  5. Asam Keping – Ambil segenggam asam keping dan rebus asam keping ke dalam periuk atau kuali berkarat yang anda ingin cuci. Biarkan sampai air mendidih. Kemudian, sejukkan sekejap asam keping dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam keping tadi. Lakukan sehingga kesan kerak hitam hilang.
    Nota: Elakkan guna air yang banyak.kerak hitam11
  6. Sabun Cap Buruh – Sental periuk atau kuali menggunakan sabun tersebut tanpa menggunakan air.kerakhitam12
  7. Lemon – Potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Kemudian, biarkan ianya sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk atau kuali seperti biasa.kualihitam13
  8. Kulit Ubi Kentang – Terdapat dua cara untuk menggunakan ubi kentang. Pertama, tabur garam ke dalam periuk atau kuali yang berkerak hitam dan sentalkan periuk atau kuali tersebut menggunakan ubi kentang bersama dengan garam yang diletakkan dalam periuk atau kuali tadi.
    Kedua, anda juga boleh menggunakan kulit kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk atau kuali dan isikan air sehingga menutupi kerak hitam. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak hitam pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

8 tips berkesan bersihkan kerak hitam pada periuk dan kuali di atas amat mudah dipraktikkan dan selamat digunakan. Semuanya menggunakan bahan-bahan yang semulajadi. Jadi tunggu apa lagi, bersihkan periuk dan kuali anda sekarang!

Selamat Mencuba!

Kredit: siraplimau, impiana dan rasa

Baca juga: Tak Sangka Kuali Lama Boleh Jadi Baru, Berkilat Lit Lit. Tukang Masak Ini Kongsi Caranya!

 

tags: