Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Peniaga Ini Kesal Pelanggan Kerap Ambil Sambal Belacan Hingga Membazir, Bakal Henti Beri Sambal Percuma Jika Ini Berterusan

Peniaga Ini Kesal Pelanggan Kerap Ambil Sambal Belacan Hingga Membazir, Bakal Henti Beri Sambal Percuma Jika Ini Berterusan

Kategori: ,
sambal percuma

Kebiasaannya, peniaga restoran atau kedai makan akan menyediakan sambal belacan atau cili potong secara percuma untuk pelanggan.

Tetapi ada kalanya disebabkan ia percuma, ada segelintir pelanggan yang mengambilnya secara berlebihan hingga kerap kali berlakunya pembaziran.

Peniaga Ini Kesal Pelanggan Kerap Ambil Sambal Belacan Hingga Membazir, Bakal Henti Beri Sambal Percuma Jika Ini Berterusan

Seperti pengalaman yang dihadapi oleh peniaga 126 Laksa yang terkenal di Sarawak ini, dia meluahkan rasa kecewa apabila ada pelanggan yang mengambil sambal belacan dengan kuantiti banyak sehingga membazir.

Dalam satu hantaran di Facebook, pihak restoran berkongsi gambar-gambar yang menunjukkan sejumlah besar sambal dan limau yang tidak dihabiskan serta dibuang begitu sahaja.

sambal percuma

Walaupun restoran tersebut memberi kebenaran untuk mengambil sambal dalam kuantiti yang banyak, mereka menekankan kepentingan untuk tidak membazir.

Pengumuman tersebut dibuat selepas mendapati ramai pelanggan yang mengambil sambal dalam kuantiti yang berlebihan tetapi tidak menghabiskannya.

Dalam hantaran tersebut, pemilik restoran menyatakan kesedihan dan bakal menghentikan pemberian sambal percuma jika terjadi lagi pembaziran.

Beliau juga berharap agar pelanggan lebih berhemah dalam mengambil sambal percuma pada masa akan datang.

Sumber: I Love Borneo 

Baca juga: ‘Setup Biasa Tapi Jualan Meroket’ – Netizen Kagum Gadis Orang Asli Ini Raih RM1 Juta Dalam Seminggu

tags: