Menurut Bloomberg, Tupperware kini merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan.

Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada $700 juta (~RM2.9 bilion).

Masalah Kecairan Tunai Punca Utama Bankrap Tupperware

Pada Mac lalu, Tupperware memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai.

Pada Jun lepas, syarikat itu merancang untuk menutup kilang tunggalnya di Amerika Syarikat dan memberhentikan kira-kira 150 pekerja.

Sumber: Berita Harian

Baca juga: YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Puji Makanan Malaysia, Sanggup Bayar Lebih Bila Makan Burger Ramly