buy replica watches
Replica Watches UK
best replica watches
Setiap orang mempunyai perjalanan sendiri untuk berjaya, dan bagi Muhammad Hazim Mohd, 20 tahun, perjalanan hidupnya adalah dalam bidang pertanian.
Dia yang dipanggil Hazim mendapat panggilan untuk menguruskan ladang kelapa sawit seluas 16 hektar milik keluarganya, memperoleh pendapatan tetap RM7,000 sebulan.
Dalam usia yang masih muda – 20 tahun, Hazim sudah pun mencipta nama dalam dunia pertanian.
Tetapi perjalanannya tidak bermula dengan jumlah gaji berkenaan, di sebalik pendapat lumayannya, dia bermula dengan membantu bapanya, lapor Kosmo!
“Saya mula membantu ayah ketika berusia 12 tahun. Ia bukan hanya kerana minat bercucuk tanam tetapi juga kerana melihat betapa gigihnya ayah bekerja setiap hari dari subuh hingga senja. Itu memberi inspirasi kepada saya untuk masuk dan membantu.” kata Hazim.
“Ada yang kata sektor pertanian ini kotor, bahaya dan sukar, namun sekiranya kita membuat perancangan teliti ia tidak seperti yang digambarkan,” katanya ketika ditemui di Kampung Haji Dahalan di sini semalam.
Menurut Muhammad Hazim, bapanya sentiasa memantau aspek pengurusan ladang bermula daripada meracun, membaja, mengait buah sehingga ke kilang memproses buah dengan dibantu dua pekerja.
Pemuda itu turut mengusahakan tanaman anak pokok kelapa sawit sebagai persediaan penanaman semula komoditi itu yang tidak lagi bersifat ekonomi.
Katanya, harga sawit RM890 hingga RM950 satu tan selain pengurusan kawalan perosak yang baik memberi prospek pendapatan stabil sepanjang tahun.
“Sebahagian besar gaji disimpan untuk membeli tanah bagi menambah tanaman sawit. Setakat ini, saya pendam dulu keinginan untuk membeli kereta mewah dan gajet canggih.
“Biarlah wang itu digunakan untuk menambah aset. Saya berazam untuk memiliki kediaman dan tanah sendiri sebelum mendirikan rumah tangga,” katanya yang turut mengusahakan tanaman buluh, nanas, pisang dan ternakan ruminan. -KOSMO! ONLINE
Sumber: Kosmo!