REDDING, Calif. – Coronavirus telah menyebabkan kekurangan Hand Sanitizer. Tetapi adakah menggunakan Hand Sanitizer benar-benar lebih baik daripada mencuci tangan dengan sabun dan air?
Menurut CDC, menggunakan sabun dan air adalah lebih berkesan daripada menggunakan Hand Sanitizer.
Walaupun hand sanitizer yang berasaskan daripada alkohol dapat mengurangkan jumlah kuman dengan cepat di tangan anda. Tetapi ianya tidak dapat menghilangkan semua jenis kuman seperti mana anda menggunakan sabun dan air.
Ia juga terbukti dan disyorkan oleh CDC sekiranya menggosok tangan dengan air panas yang hangat selama 20-30 saat akan membantu membunuh kuman tersebut.
Tetapi jika anda tidak mempunyai sabun dan air, menggunakan hand sanitizer dengan kepekatan alkohol antara 60-95% adalah yang paling berkesan bagi membunuh kuman. Hand sanitizer tanpa alkohol 60-95% mungkin tidak berfungsi dengan baik untuk kebanyakkan jenis kuman dan ianya hanyalah mengurangkan pertumbuhan kuman daripada mereka membiak dengan cepat.
Saluran Berita KRCR 7 menemubual dengan Tim Mapes, jurucakap untuk Shasta County Public Health, beliau mengatakan mencuci tangan dapat mengurangkan penyebaran penyakit pernafasan.
“Salah satu perkara yang boleh anda lakukan adalah setiap hari cucilah tangan anda beberapa kali. CDC mengatakan bahawa mencuci tangan dapat mengurangkan penyebaran penyakit yang melibatkan pernafasan sebanyak 16-21%, “kata Mapes. “Maksud saya ia adalah statistik dan mereka tidak berbohong. Oleh sebab itu mesej ini berulang kali disampaikan, kerana ini adalah nasihat terbaik yang boleh anda ambil. ”
Untuk maklumat lanjut, layari laman web CDC di sini.
Sumber rujukan : krcrtv.com