Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua penduduk dan rakyat Malaysia diarahkan untuk duduk di rumah dan tidak keluar tanpa kepentingan. Tetapi, bagaimana pula dengan orang gelandangan yang tiada tempat tinggal atau tempat untuk berlindung?
Lebih 500 orang yang tidak mempunyai tempat tinggal sejak PKP bermula ditempatkan di tempat pelindungan sementara di dewan komuniti di seluruh Kuala Lumpur.
Ia memberi kelegaan kepada mereka yang tidak mempunyai rumah. Pihak NGO yang terlibat juga memberikan makanan dan minuman secara percuma. Menurut Datuk Bandar KL, Datuk Nor Hisham Ahnad Dahlan, mereka ini turut akan menjalani ujian pemeriksaan Covid-19 tetapi tidak ada yang positif Covid-19.
Gelendangan ini bukan hanya dari rakyat tempatan, tetapi juga warga asing dari Indonesia, Myammar, Vietnam, Jepun, India, Syria, Mesir, Sri Lanka, Korea, Pakistan dan Somalia.
Peruntukan yang dikeluarkan juga beranggaran RM2 juta akan digunakan untuk menyediakan tilam, bantal dan keperluan asas yang lain. Selain itu, mereka juga diberikan makan dan minum 3 kali sehari sehingga PKP berakhir.
Anggota DBKL telah pergi ke 14 kawasan yang kebiasaanya mereka ini berkumpul seperti di Masjid Negara, Kotaraya, Pasar Utama dan banyak lagi sejak 26 Mac lalu.
Mereka dibantu oleh pihak polis. Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Setakat ini, pusat komuniti terlibat yang digunakan sebagai tempat perlindungan sementara adalah Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti Setiawangsa, Dewan Serbaguna Keamanan dan Dewan Serbaguna Kampung Ampang Hilir.
Sumber: Harian Metro, KLFoodie