Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ahli Perniagaan Ini Bahagia Dapat Membantu, Ibu Bapa Remaja Terbabit Hanya Mampu Hadiahkan Sebekas Kek

Ahli Perniagaan Ini Bahagia Dapat Membantu, Ibu Bapa Remaja Terbabit Hanya Mampu Hadiahkan Sebekas Kek

Kategori: ,

Penat lelah seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Muhammad Azlan Al-Amin yang sanggup berulang alik daripada Besut  ke Alor Setar berbaloi kerana mahkamah tinggi menerima permohonan ikat jamin. Wang jaminan tersebut dibayar oleh beliau dan sebutan pertama rayuan bagi kes itu dijangka pada Mei ini.

Ibu bapa terbabit hanya mampu hadiahkan kek sebagai tanda perhargaan atas pertolongan yang begitu besar tersebut.

Ahli perniagaan ini sedikit pun tiada pertalian darah dengan remaja tersebut. Cuma rasa terpanggil untuk membantu remaja Nursahira yang mana ditahan kerana menghina polis di laman sosial.

Bahagia dapat membantu…

Menurut Muhammad Azlan satu-satunya hadiah yang boleh diberikan oleh ibu bapa remaja terbabit sebagai balasan atas bantuannya hanyalah sebekas kek. Kedhaifan mereka meruntun hati beliau. Ini bukan soal kecilnya nilai hadiah yang diberikan, tetapi nilai keikhlasan hati  kedua-dua belah pihak. Saat kita tidak punya apa-apa tapi masih ingin memberi sesuatu sebagai balasan tapi tiada wang untuk diberikan. Hanya itu yang kita mampu dan ikhlas. Itu adalah lebih baik.

Biar apa orang nak cakap..

Tegurlah jika ada antara kita salah, tapi jangan sampai menghina…

 

Bukan kerana beliau ingin membela kesalahan tetapi…

Menurut postingan lain yang dimuat naik oleh Muhammad Azlan Al-Amin ini pada 9 haribulan di laman facebook miliknya. Beliau menulis “Bukan saya membela kesalahan, salah tetap salah. Cuma saya cuba berusaha memberi ruang dan peluang kepada seorang insan lemah agar mendapat masa depan yang lebih baik.”

Terlalu hebat jasa ahli perniagaan ini. Semua orang pernah membuat salah. Itu tidak boleh dinafikan. Dan semua orang berhak mendapatkan peluang kedua. Semoga ini dijadikan pengajaran buat keluarga Nursahira dan insan lain.

Sumber : Facebook Muhammad Azlan Al-Amin

 

 

tags: