Sebelum ini, saya berkongsikan resepi Ini Cara Buat Whipping Cream Homemade, Senang Jer Rupanya. Kali ini, saya berkongsi resepi bagaimana cara membuat cream cheese sendiri di rumah! Resepi ini dikongsikan oleh Chesu Riani.
Jom ikuti perkongsiannya.
Ini Cara Buat Cream Cheese Sendiri, Memang Mudah!
Bahan-bahan:
- 1 cawan susu tepung + 3 cawan air (ku guna yg ni. Susu tepung fernleaf full cream)
Atau 1 liter fresh milk
- 4 sudu cuka makan/ jus lemon
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Panaskan susu dalam periuk guna api medium to low.
- Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah2 susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu dah cukup panas. Jangan sampai mendidih.
- Tabur rata cuka/ jus lemon ke seluruh susu dan kacau2 manja.
- Biarkan 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tmbh lagi sikit cuka kt bhgn tu. Nanti dia akan berketul juga.
- Tapis cheese. Cecair yang tinggal jangan dibuang. Namanya whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung/ masakan. Sangat berkhasiat (ku guna dlm kari).
- Lalukan cheese ni di bawah air sekejap untuk kurangkan rasa masam cuka. Edit: masa lalukan bawah air ni masih dalam penapis ya.. bagi air betul2 kering dari cheese ni.
- Dah kering blend dengan sedikit garam. Kalau pekat sangat campurkan sedikit whey tadi. Blend sampai halus dan creamy.
- Siap dah cream cheese! Boleh disimpan dalam peti. Sesuai digunakan untuk pelbagai resepi!
*Ini dia whey, cecair yang terpisah dari ketulan cheese tadi.
Kredit: Chesu Riani
Semoga bermanfaat!