Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Biskut & Kuih Raya » Tips Bakar Biskut Florentine Yang ‘Perfect’, Sedap Dan Rangup

Tips Bakar Biskut Florentine Yang ‘Perfect’, Sedap Dan Rangup

Kategori:
Tips Bakar Biskut Florentine

Biskut florentine ini memang sesuai untuk anda yang suka buat kuih yang simple sahaja. Tak perlu guna pemukul, hanya perlu campurkan semua bahan dan bakar. Norhayati Ahmad berkongsikan tips bakar biskut florentine ini supaya perfect, sedap dan rangup.

Tips Bakar Biskut Florentine Yang ‘Perfect’, Sedap Dan Rangup

Tips:

  1. Ketika membakar kekacang hendaklah dikaup balik ketika masih di dalam oven supaya ianya dibakar dengan sekata.
  2. Bakar kekacang sehingga agak berubah warna perang2 coklat. Jangan terlalu gelap sangat sebab kita akan membakarnya sekali lagi.
  3. Biarkan kekacang betul2 sejuk baru campurkan dengan tepung florentine. Jangan digaul ketika masih panas sebab boleh menyebabkan tepung melekit (sticky). Ini adalah kerana tepung florentine sudah pun bercampur dengan gula.
  4. Apabila kesemua bahan sudah bercampur di dlm bekas besar jgn biarkan ianya terdedah bagi mengelakkan terkena angin. Setelah letak dlm bekas kecik2 tutup semula (bekas besar). Tujuannya bagi mengelakkan tepung membeku & berketul.
  5. Ketika membakar kena jenguk selalu yang di dalam oven. Macam oven saya kena ubahkan cup yang depan ke belakang & cup yang belakang ke depan supaya masak dengan sekata.
  6. Untuk keluarkan dari cup tunggu hingga sejuk. Senang & longkah.

Resepi biskut florentine

Bahan-bahan:

  • 500g badam slice
  • 200g biji labu hijau
  • 100g kuaci putih
  • 40g bijan hitam
  • 1 peket tepung florentine

Cara-cara:

  1. Bakar kekacang pada suhu 150-160 selama 5-10 minit, bergantung pada oven masing-masing. Saya suka kekacang tu berubah warna kekuningan. Jangan terlalu coklat sangat warnanya sebab nanti kita akan bakar balik. Kalau nak sangai pun boleh, ikut kesenangan masing2.
  2. Tunggu kekacang betul2 sejuk baru digaul bersama tepung. Jika kekacang masih panas tepung akan melekit (sticky) sebab di dalam tepung sudah terdapat gula.
  3. Ambil satu scoop sudu bahan campuran tepung & kekacang tadi & masukkan ke dalam acuan cup cake yang bahagian dalam ada lapisan plastik. Hentakkan sedikit supaya menjadi rata. Kalau nak bakar di dalam loyang pun boleh jugak tapi potong ketika masih panas. Saya ni bukan jenis yang berseni. Nanti bila potong harus senget benget. Jadinya prefer guna cup cake.
  4. Bakar pada suhu 150-160 selama 15 minit…bergantung pd oven masing2 ye. Kena rajin jenguk2 oven tu takut terhangus.

 

Selamat mencuba!

 

tags: