Jom cuba resepi pavlova semudah abc ni. Pertama kali buat pun pasti menjadi!
Resepi Pavlova Semudah ABC
Bahan-bahan:
- 4 biji putih telur
- 1 cawan gula castor
- 1 tbsp tepung jagung
- 1 tsp cuka
- 1 tsp esen Vanila
Bahan-bahan topping:
- 1 cawan whipped Cream
- 1/2 cawan gula ising
- Buah buahan yang masam (starwberry, grape & kiwi)
Cara-cara:
- Pastikan bowl dan pemutar kering dan tak berminyak. Pastikan bersih supaya pavlova cantik.
- Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental dan bertanduk. (nak test dah ok atau tak, terbalikkan bekas atas kepala dan tak jatuh).
- Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka, kaup balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari tau. Sambil tu panaskan oven 150’c 15 min.
- Bakar pada suhu 140`c selama 1jam. Or 1jam 15min, selepas masak biarkan di dalam oven yang terbukak sikit sehingga sejuk.
- Pukul whipped cream and ising sugar sehingga kembang.
- Layerkan dgn whipped cream dan hiaskn dengan kreativiti masing2.
- Siap!
Kredit: Nurul Ashikin
Selamat mencuba!