Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ayam Goreng Seringgit Yang Sedap & Rangup! Yang Penting Tak Guna Banyak Kos

Resepi Ayam Goreng Seringgit Yang Sedap & Rangup! Yang Penting Tak Guna Banyak Kos

Kategori: ,
ayam goreng seringgit

Resepi ayam goreng seringgit ini memang berbaloi untuk dicuba. Memang menjimatkan duit anda tak perlu beli ayam goreng yang mahal di kedai. Satu ekor ayam memang terlebih cukup untuk makan seisi kerluarga, anak-anak pun pasti suka. Jom cuba!

Resepi Ayam Goreng Seringgit Yang Sedap

Bahan-bahan:

  • Ayam kerat 18 (1 ekor)
  • 2 senduk tepung bestari perisa asli
  • 500 gram tepung bestari asli
  • 100 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung beras

Cara-cara:

  1. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
  2. Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi.
  3. Perap ayam selama lima jam.
  4. Dalam bekas lain, masukkan campuran 500 gram tepung bestari asli, 100 gram tepung gandum dan 100 gram tepung beras. Gaul rata.
  5. Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
  6. Ini cikgu buat satu-satu untuk sekali gus masuk ke dalam periuk masa goreng nanti.
  7. Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata.Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu.
    Dalam saiz periuk cikgu gunakan di atas, cikgu cuma masukkan enam ketul sahaja setiap kali menggoreng.
    Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
  8. Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.
  9. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.Nampak sedap kan?
    Jimat pun jimat.
    Selamat mencuba.

Kredit: Afy AL Habibi

tags: |