Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Cheese Cake Blueberry Mudah, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!

Resepi Cheese Cake Blueberry Mudah, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!

Kategori:
Cheese Cake Blueberry mudah

Resepi Cheese Cake Blueberry mudah ini sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba membaking. Kos bahan tak sampai RM30, boleh makan puas-puas satu keluarga. Kalau beli satu potong kat kedai dah berapa. Buat sendiri baru puas hati!

Resepi Cheese Cake Blueberry Mudah, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!

Bahan Lapisan Bawah:

  • 8@9 keping digestive (jacobs weetameal/belvita)
  • 2 sudu makan butter – dicairkan

Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut, atau blend untuk lagi halus.
  2. Selepas biskut hancur, masukkan ke dalam bekas dan masukkan butter yang dah dicairkan tadi. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam loyang, tekan-tekan untuk padatkan biskut tersebut. (Saya guna saiz 5 sebab adunan tak banyak)

Bahan Cheese:

  • 250g cream cheese tatura
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan gula halus
  • 1 sudu makan setengah tepung gandum
  • 1/2 sudu makan jus limau @ lemon
  • Jem blueberry

Cara-cara:

  1. Satukan cheese dan gula. Pukul sehingga sebati. Masukkan telur dan putar lagi.
  2. Kemudian masukkan jus lemon. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan pukul sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi. Jangan lupa alaskan kertas minyak.
  4. Bakar pada suhu 160° selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.
  5. Dah masak biarkan sejuk. Kemudian letak topping mengikut kehendak masing-masing.
  6. Dah siap letak topping, sejukkan dalam peti ais baru boleh makan.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: SuiSan Aliezsha

tags: