Ini dia resepi kek kukus pandan cheese leleh paling sedap. Sekali makan terus terbawa dalam mimpi dan tak cukup satu. Rasa pandan dan cheese tu memang betul-betul menyelerakan. Jom kita cuba buat.
KEK KUKUS PANDAN
BAHAN-BAHAN:
(1 loyang bulat)
- 1 cwn gula
- 3 bji telur (mix sampai gebuh & putih)
- 1 sb ovelatte
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu cair | jangan di lebihkan
- Pewarna hijau separuh tutup
- Perisa pandan 1 penutup besar | boleh ditukar kepada perisa strawberry , vanilla dan warna
- 2 cawan tepung gandum
- 1 st baking powder
*Soda bikarbonat tak perlu!
*Pastikan sukatan minyak & susu cair tidak lebih
CARA PENYEDIAAN:
- Mixer gula,telur,ovelatte sampai gebuh &bewarna putih.
- Masukkan minyak,susu cair,pewarna hijau & perisa pandan.
- Mixer sampai sebati.
- Masukkan tepung dan baking powder dan mixer sekejap tapi jangan lama.
- Stop mixer dan kaup balik bahan tadi.
- Kukus kek 30 minit dengan api sederhana & pastikan air mendidih sebelum mengukus. Tutup kepala pengukus dengan kain (balut)
Peringatan: jangan letak soda bikarbonat
CREAM CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN:
- Cream cheese Tatura 250 gram.
- Susu cair suku cawan
- Susu pekat manis setengah cawan. (ikut manis sendiri)
- Mixer semua sampai gebu.
CARA PENYEDIAAN:
- Selepas kek masak ,tunggu kek betul-betul sejuk.
- Untuk layer , kek dengan cheese, keluarkan kek dari loyang letak dalam pinggan potong @ belah tengah dan letak cream cheese.
- Letak semula kek yg dipotong tadi dan letak cream cheese & ratakan.
- Parutkan cheddar cheese atas kek.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit Resepi : Ezzah Nurafiqah