Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Bahaya Rupanya Wax @ Selaput Lilin Pada Buah, Ini Dia Sebabnya…

Tak Bahaya Rupanya Wax @ Selaput Lilin Pada Buah, Ini Dia Sebabnya…

Kategori: ,
Selaput Lilin Pada Buah

Dari dulu lagi kita ‘dimomok-momokkan’ bahawa kulit buah epal atau seangkatannya perlu dikupas dan dibuang kulitnya terlebih dahulu berikutan bahayanya lilin yang menyaluti buah tersebut. Tapi persoalannya, BETUL KE wax @ selaput lilin pada buah ni bahaya jika tidak dibuang sebelum makan?

Jom ikuti perkongsian oleh Dr Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia, menjawab persoalan yang sering bermain-main dalam fikiran.

Adakah wax atau selaput lilin pada buah-buahan selamat untuk dimakan?

Sebenarnya buah mempunyai selaput lilin (wax scoating) semulajadi yang bertujuan sebagai mekanisma perlindungan dan mengurangkan kadar sejatan air dari buah. Supaya buah kekal segar dalam tempoh masa yang lebih lama setelah berpisah dengan pokoknya.

Namun biasanya selaput ini akan hilang semasa proses pencucian buah yang telah dipetik. Maka, untuk mengekalkan kesegaran dan menambahkan jangka hayat buah, pihak industri menyalutnya dengan lilin luar seperti carnauba dari pokok kelapa sawit, kanji, alginate, carrageenan, gluten, whey (lemak susu) dan beeswax (lilin lebah).

Dalam tumbuhan dan sayuran juga terkandung banyak lilin semulajadi. Kami ahli bahan-bahan kimia semulajadi akan menggunakan larutan organik seperti petroleum ether atau hexane untuk mengekstrak lilin sebelum menggunakan larutan yang lain supaya ianya tidak mengganggu proses pemencilan bahan-bahan kimia yang diingini.

Ia selamat untuk dimakan

Secara ammnya, teknologi kini menggunakan bahan kimia penyelaput lilin yang selamat untuk dimakan. Pihak industri yang mempunyai reputasi yang baik juga menjaga kebajikan para pelanggan untuk mengekalkan market mereka dan semestinya mengikut peraturan yang telah digariskan oleh FDA.

Masih was-was?

Namun, jika masih lagi rasa was-was boleh lah kikis selaput, sental dengan berus bersesuaian, basuh dengan air sedikit panas (55 degree Celcius) atau kupas dan buang saja kulitnya.

Nota: Merendam seketika dengan air panas untuk mencairkan lilin juga berpotensi memusnahkan vitamin dan enzim pada kulit buah yang sensitif kepada suhu.

 

Kredit: Dr Fatimah Salim

tags: |