Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Masih Ramai Yang Kurang Kesedaran Bahaya Papan Pemotong Yang Hitam & Bercalar

Masih Ramai Yang Kurang Kesedaran Bahaya Papan Pemotong Yang Hitam & Bercalar

Kategori: ,
hitam

Pernah tak anda terpandang papan pemotong yang hitam berdaki. Dekat kedai ke, dekat rumah jiran ke, dekat rumah sendiri ke. Adakah ia telah bercalar balar, berdaki, hitam dan telah berkulat? Tapi masih ada yang sanggup dan boleh menggunakannya. Padahal papan pemotong ini bukan mahal sangat pun. Kalau set pingan mangkuk Le Creuset boleh beli, kenapa papan pemotong ini tak boleh nak tukar?

Kalau dah ada hitam, calar balar itu sudah tiba masanya untuk anda membuang papan pemotong tersebut. Gantikan dengan yang baru, lebih bersih. Hal tersebut sangat penting kerana antara sumber keracunan makanan yang menyebabkan anda cirit-birit dan sakit perut adalah papan pemotong yang sudah bercalar dan berdaki.

Kajian menunjukkan 1 cm persegi papan pemotong mengandungi lebih 24 ribu bakteria. Ini bermaksud, 200 kali ganda lebih banyak berbanding kuman di tempat duduk tandas. Rekahan dan kesan calar pada papan pemotong adalah lubuk bagi kuman seperti Salmonella, e coli dan sebagainya.

Selain itu, anda juga perlu elakkan daripada berkongsi papan pemotong bagi bahan mentah (ayam, ikan, daging) dan sayuran/buah-buahan. Contohnya, selepas anda memotong ayam, kuman pada ayam mentah akan melekat di papan pemotong kemudian dengan papan yang sama anda potong sayur ulam dan buah-buahan pula.

Saranan buat anda di luar sana

Bagi mengelakkan berlaku keracunan makanan atau cirit birit anda disarankan untuk mengantikan papan pemotong tersebut dengan papan yang baru sekiranya papan pemotong sedia ada sudah bercalar dan berdaki. Selain itu, anda disarankan untuk menggunakan papan pemotong yang berbeza bagi bahan mentah dan sayuran/buahan.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Baca juga: Tak Bahaya Rupanya Wax @ Selaput Lilin Pada Buah, Ini Dia Sebabnya…

tags: |