Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Kek, Pemanis Mulut & Pastri » Wanita Ini Kongsikan Resepi Mudah Kek Coklat Moist Dengan Topping Yang Melimpah Ruah, ‘Sedap’ Sampai Tak Boleh Nak Cakap!

Wanita Ini Kongsikan Resepi Mudah Kek Coklat Moist Dengan Topping Yang Melimpah Ruah, ‘Sedap’ Sampai Tak Boleh Nak Cakap!

Kategori: ,
resepi mudah kek coklat moist

Kek coklat moist merupakan kek yang sangat digemari oleh sesiapa sahaja. Tidak mengira golongan umur dan tidak kira tua atau pun muda. Terdapat pelbagai jenis kek coklat. Kek coklat kukus, kek coklat bakar, kek coklat vanilla dan kek coklat moist. Dan dekat bawah ini ada resepi mudah kek coklat moist. Rasanya sangat sedap sebab toppingnya melimpah ruah. Mudah nak sediakan dan sedap!

Wanita Ini Kongsikan Resepi Mudah Kek Coklat Moist Dengan Topping Yang Melimpah Ruah, ‘Sedap’ Sampai Tak Boleh Nak Cakap!

RESEPI KEK:

Bahan A

  • 1 cawan tepung
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt soda bikarbonat

*Satukan semua bahan dan ayak.ketepikan.

Bahan B

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula pasir

*Satukan semua bahan. Menggunakan api perlahan masak sehingga gula larut.

Bahan C

  • 4 biji telur

*Blend

Bahan Lain:

Bekas plastik secukupnya saiz 250 (resepi ni dapat 12 bekas)

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan Bahan A kedalam Bahan B diselang selikan dgn Bahan  C dan sebatikan.
  2. Tuang adunan 1/2 daripada bekas plastik yang digunakan.
  3. Kukus selama 25~30 min kemudian sejukkan.
  4. Siap, nanti letak topping je.

RESEPI TOPPING COKLAT:

Bahan-bahan:

  • 300 gm coklat masakan
  • 500 ml UHT whipping cream

Cara Penyediaan:

  1. Dalam periuk satukan kedua bahan
  2. Panaskan sehingga berwap dan coklatnya mencair
  3. Angkat dan terus  tuang ke atas kek
  4. Hias suka hati
  5. Siap

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mas Cotek

Baca juga: Resepi Kek Coklat Indulgence Ala Secret Recipe, Rasanya Seakan Sama Memang Tak Rugi Kalau Cuba Buat

tags: | |