Betul ke bahaya jika menggunakan aluminium foil sebagai pembalut makanan? Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis masakan yang digunakan, suhu memasak, tempoh penyimpanan masakan dalam aluminium foil dan tahap kesihatan badan individu. Nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa baca perkongsian ini sehingga habis.
Jom ikuti ulasan perkongsian oleh Dr. Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia di Malaysia di bawah. Semoga berkongsian ini jelas dan bermanfaat buat semua.
Aluminium foil merupakan kepingan nipis (sekitar 0.2 mm) logam aluminium yang diselaputi dengan lapisan polimer yang bertujuan menghalang pengoksidaan. Aluminium foil digunakan secara meluas dalam pembungkusan, penebat dan pengangkutan.
Namun pastinya kegunaan yang paling dekat dengan kita adalah sebagai produk serba guna harian seperti penyimpanan makanan, penutup/ pembungkus/ tapak kepada makanan yang dibakar atau dipanggang. Ini disebabkan keupayaannya dalam menghalang hilangnya lembapan pada makanan, mengurangkan pendedahan makanan kepada udara dan cahaya.
Ianya juga lebih tahan haba dan bersifat teguh jika dibandingkan dengan plastik pembungkus. Ianya juga boleh digunakan untuk menyental kotoran degil yang tertinggal pada peralatan memasak.
Aluminium adalah sejenis unsur kimia yang sangat reaktif. Disebabkan itu, ianya tidak pernah dijumpai dalam bentuk bebasnya (aluminium sahaja) secara semulajadi. Biasanya aluminium ditemui bergabung dengan unsur kimia lain seperti bersama oksigen, silikon dan florin.
Dan mereka ini banyak didapati sebagai mineral dalam tanah. Maka, mudahlah ianya masuk dalam kitaran hidup kita melalui pemakanan seperti sayuran, buah, bijirin, daging, ikan dan hasil tenusu. Ianya juga digunakan sebagai bahan aditif dalam makanan terproses dan ubatan seperti antacids.
Namun, usah risau, jumlah aluminium yang kita terdedah dan makan adalah sangat sedikit, itu pun bukan semuanya mampu diserap badan. Jika diserap ke dalam badan yang normal, mekanisma perkumuhan akan mengeluarkannya daripada badan.
Pun begitu, sesetengah individu yang sensetif atau mempunyai masalah dalam mengeluarkan aluminium daripada badan berpotensi menghadapi masalah kesihatan berkaitan saraf, tulang dan otak terutamanya autisma dikalangan kanak-kanak and Alzheimer dikalangan dewasa.
Walaupun tiada kaitan yang konklusif, individu yang sensitif perlu lebih berhati-hati. Kurangkan atau elakkan penggunaan aluminium foil. Di sini perlunya mengetahui tahap kesihatan diri masing-masing. Usah pukul sama rata kerana setiap badan individu itu adalah berlainan.
Disebabkan sifat reaktif, logam aluminium daripada aluminium foil boleh mengkontaminasi masakan jika kena dengan keadaannya. Ianya mudah bertindakbalas dengan bahan masakan yang bersifat asidik (masakan masam dan pedas) atau masakan yang bersifat basik (contoh bahan yang mengandungi baking soda), lalu terbebas dan bercampur dalam masakan kita.
Jumlah aluminium yang terbebas ke dalam masakan adalah bergantung kepada tahap keasidan atau kebasikan masakan tadi, suhu memasak dan tempoh interaksi aluminium foil dengan bahan masakan.
Umumnya, jumlah aluminium yang mengkontaminasi masakan daripada aluminium foil adalah tidak signifikan untuk memberikan kesan kepada kesihatan jika dibandingkan dengan pendedahan lain. Namun, ianya boleh dikurangkan dengan:
Nota: Sayuran boleh membantu mengurangkan kadar serapan dan kesan aluminium dalam badan. Serat dalam sayuran boleh memerangkap aluminium dan dibuang bersama dalam najis. Antioxidant pula boleh membantu dalam mengurangkan kesan aluminium yang telah diserap badan.
Semoga membantu.
Baca Juga: Lelaki Ini Kongsi Tips ‘Rahsia’ Untuk Buat Japanese Cheesecake Yang Kemas, Gebu Dan Menjadi!