Seorang lelaki yang dikenali dengan nama Mohammad Azlan Abdul Rahman ini rela membuat kerja dalam satu masa dan menjadi rider FoodPanda demi memastikan pusat jagaan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah yang ditubuhnya pada Ogos 2018 itu tidak terputus sumber kewangan.
Sebelum penularan wabak COVID-19 dia bekerja sebagai pemandu bas persiaran dengan gaji sebanyak RM6000. Tetapi kini dia sudah kehilangan pendapatan tersebut dan terpaksa bertukar kerjaya kepada penghantar makanan FoodPanda.
Dia bekerja sebagai FoodPanda sejak Mei lalu apabila pusat jagaan tersebut kekurangan dana untuk membeli keperluan harian 18 penghuni di sana. Pada hujung minggu pula, dia berniaga ikan segar di Serdang, Selangor. Bekalan ikan segar tersebut dia perolehi daripada pembekal dari Teluk Intan, Perak.
Walaubagaimanpun pendapatan dua pekerjaan tersebut masih tidak mencukupi untuk menangung keperluan harian pusat jagaan itu memandangkan setiap bulan kos yang diperlukan adalah sebanyak RM15000.
Menurut lelaki yang berusia 27 tahun ini dia terpaksa menebalkan muka meminta sumbangan orang ramai melalui media sosial walaupun tidak pernah berbuat sedemikian rupa sebelum ini.
Katanya ” Saya tiada pilihan dan apa yang dilakukan ini demi memastikan kebajikan penghuni di sini yang sudah dianggap seperti ibu dan bapa kandung terus terbela”.
Menurut Mohammad Azlan juga, sebelum ini dia tidak pernah meminta bantuan luar kerana ingin menanggung sepenuhnya pusat jagaan ini selain di bantu ibu bapa dan saudara mara.
Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Al-Fattah di Taman Tasik Semenyih ditubuhkan setelah dia sering melihat gelandangan tidur di kaki lima ketika bekerja sebagai pemandu bas persiaran. Penghuni pusat jagaan tersebut berusia antara 40 sehingga 74 tahun dan mereka dipinggirkan keluarga masing-masing.
Sumber: Harian Metro