Hari ini kami akan kongsikan Roti Puding Dahlia’s Kitchen. Roti puding bukan sekadar sesuai untuk juadah minum petang bersama keluarga, malah sesuai untuk majlis-majlis yang diadakan. Resepi roti puding ini sangat ringkas tetapi menyelerakan.
Resipi Roti Puding Dahlia’s Kitchen
BAHAN BAHAN
- 1 Buku Butter (250grm) ( 3/4 utk Rendaman Roti, 1/4 utk Sauce )
- 2 Tin Susu Cair
- 1 Sudu Makan Vanilla Esen
- 1 Sudu Teh Cinnamon Powder
- 4 Biji Telur
- 1/2 Cawan Gula Halus
- 4 Sudu Besar Brown Sugar
- 1 Bantal Roti
- 1 Genggam Badam Slices
- 1 Cawan Kismis
- Hirisan Nenas, Apple, Peach atau Pisang ( citarasa masing-masing )
Cara-cara Memasak:
- Pukulkan susu, butte yang telah dicairkan, cinnamon powder dan vanilla esen hingga sekata.
- Kemudian masukkan adunan telur dan gula yang sudah sebati dan adukkan sebati. Biarkan seketika.
- Sementara itu, masakkan butter dan gula perang hingga sebati.
- Kemudian masukkan kismis dan nanas. Kacaukan supaya sebati.
- Masukkan roti kedalam adunan susu dan aturkan kedalam bekas untuk dibakar. Selang-seli kan dengan sos buah-buahan.
- Kemudian bakarkan hingga masak. Siap untuk dihidangkan.
Cara-cara membuat lebih lanjut, sila rujuk pada Tutorial Video.
Kredit: Dahlia’s Kitchen
Terima asih kerana sudi menonton dan Selamat Mencuba. Ikhlas Dari Saya Manfaat Untuk Semua.