Godiva merupakan kedai yang menjual coklat mewah yang dibuka sejak tahun 1926 lagi. Bermula dari sebuah studio di Brussels yang mana dimiliki oleh keluarga Draps dan memiliki lebih 600 cawangan di lebih 100 buah negara di Ameraka Utara, Timur Tengah, Asia dan juga Eropah.
Tetapi sejak dunia kita dilanda pandemik COVID-19 bukan sahaja syarikat atau perniagaan kecil yang terjejas. Malah syarikat besar yang sudah berjaya berpuluh-puluh tahun juga terkena tempiasnya.
Antaranya termasuklah jenama coklat premium dari Belgium, Godiva. Beberapa hari yang lepas Food Business News ada mengkhabarkan bahawa Godiva telah mengumumkan penutupan operasi kesemua 128 buah cawangannya di Amerika Utara termasuklah kafe dan butik di sana pada musim bunga tahun ini.
Keputusan penutupan cawangan Godiva diambil berikutan penurunan pelanggan sepanjang COVID-!9. Dalam masa yang sama, Godiva juga mempertimbangkan untuk mengekalkan cawangan di Eropah, Timur Tengah dan Cina.
Manakala penjualan coklat Godiva di Amerika Utara akan dijual secara atas talian selepas ini. Tetapi berkenaan dengan cawangan di Malaysia masih belum diketahui sama ada ia juga terkesan atau pun tidak.
Baca juga: Kerana Mengalami Kerugian Hampir $3.2 Billion, 400 Restoran Starbucks Akan Di Tutup