Sambutan Tahun Baru Cina tinggal beberapa hari sahaja lagi. Baru-baru ini kerajaan ada mengumumkan SOP ketika perayaan tersebut yang mana tidak membenarkan upacara sembahyang di tokong kecuali lima AJK tempat ibadat sahaja.
Namun SOP berkenaan cetus rasa kurang puas hati segelintir pihak termasuklah bekas menteri kewangan iaitu Lim Guang Eng. Lantaran itu, pihak kerajaan bersetuju serta membenarkan makan besar sempena sambutan Tahun baru Cina. Namun ianya hanya dihadkan kepada 15 individu sahaja dalam sesebuah majlis.
Mesyuarat juga bersetuju untuk aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari dibenarkan dan tertakluk kepada SOP ketat. “Bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal,” katanya.
Kenyataan itu menyebut, tempoh waktu sembahyang diperuntukkan selama 30 minit dan diselangi dengan kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang berikutnya.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan SOP sempena sambutan makan besar bagi perayaan tersebut dihadkan dan dibenarkan untuk penghuni dalam rumah yang sama sahaja.
Walaubagaimanapun, mereka yang menghadiri upacara makan ini dibenarkan untuk keluar dalam jarak lingkungan 10km sahaja dari kediaman masing-masing tanpa merentas daerah. Mereka dilarang untuk merentas daerah atau negeri berdasarkan SOP larangan Perintah Kawalan Pergerakan.