Waktu kanak-kanak adalah waktu yang paling bahagia. Dilimpahi kemewahan dan kasih sayang dan boleh bermain tanpa memikirkan apa-apa masalah pun. Namun tidak semua yang bernasib baik, pasti ada juga yang tidak dapat menikmati waktu horay horey yang sedemikian rupa. Malah ada kanak-kanak yang terpaksa melupakan waktu di sekolah dengan menanggung kepayahan yang dialami keluarganya.
Seperti mana yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Nurul Farisha seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun terpaksa mengambil alih tugas menjaga pakai minum adik beradik di rumah. Anak kedua daripada lima adik beradik ini tidak pernah mengeluh akan nasibnya. Dia malah sering menyediakan makanan buat isi rumah dengan hanya menggunakan dapur kayu sahaja.
Menurut Nurul Farisha, ibu bapanya telah dimasukkan ke dalam lokap kerana mengambil barang terlarang. Sejak dari tu dia dan lima adik beradik yang lain terpaksa tinggal bersama datuk dan nenek mereka. Dia juga memaklumkan bahawa datuknya juga mempunyai masalah kesihatan manakala nenek pula bekerja bagi menyara kehidupan mereka.
Di rumah ini kami tinggal bersama datuk dan nenek.
Tetapi datuk sakit asam kronik dan sentiasa tidak sihat, manakala nenek pula keluar bekerja bagi menyara kami sekeluarga.
Disebabkan kesempitan hidup yang dialami oleh meraka, budak perempuan ini tidak bersekolah selama 2 tahun selepas berpindah dari rumah asalnya. Nurul Farisha yang terlalu inginkan untuk bersekolah memberitahu bahawa dia tidak pandai menulis dan membaca seperti abang sulungnya.
Kali terakhir kami bersekolah semasa di Seremban, saya tidak pandai menulis dan membaca tetapi abang (Muhammad Faris) boleh.
Kami sangat teringin untuk bersekolah, tapi hidup kami tidak seperti orang lain.
Sumber: Sinar Harian