Sihir atau santau merupakan kejadian yang paling tidak diingini oleh sesiapa pun. Sihir atau santau sering dihantar oleh segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai hati yang busuk. Santau yang sering dihantar kebiasaanya adalah bertujuan untuk mengganggu rumahtangga orang, cemburu melihat kebahagiaan orang dan sebagainya.
Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita di IIUMC. Di mana wanita ini serta suaminya menjadi mangsa sihir. Suaminya merupakan ahli perniagaan yang berjaya namun tiba-tiba keluarga mereka diuji. Suaminya mula berubah, daripada ceria kepada pendiam. Perlahan-lahan suaminya mula jadi panas baran, tidak solat dan malah seolah-olah sudah tidak kenal dengan anak dan isterinya.
Dia mengadu kepada rakannya dan rakan dia cadangkan untuk dibawa berjumpa Ustaz. Namun mengejutkan apabila suaminya menolak pelawaan tersebut dan malah dia juga turut dimarahi. Hal tersebut juga turut diberitahu kepada keluarga mertua, malangnya keluarga suaminya tidak percaya pada perkara sedemikian rupa.
Kerana rasa ingin tahu seorang isteri, dia memeriksa telefon bimbit suaminya. Rupa-rupanya suaminya itu ada hubungan dengan wanita lain. Wanita tersebut berusia 40an. Tidak terlalu cantik dan sedikit tua. Sang isteri bertambah pelik apabila membaca mesej suaminya dengan wanita lain kerana panggilan di antara mereka ayang dan abang. Persis orang bercerita namun dipenuhi dengan kata-kata makian.
Dia pernah bercakap sendiri dengan wanita tersebut melalui telefon namun dia dimaki tanpa henti serta diugut macam-macam. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila suaminya turut memarahi dan memukul dirinya setelah mengetahui bahawa isterinya menghubungi wanita berkenaan.
Setelah macam-macam kejadian berlaku, kawan dia telah membawanya ke pusat perubatan Islam. Dan Ustaz disana mengesahkan bahawa dia dan suaminya memang terkena sihir. Menurut Ustaz juga, sihir tersebut dah jadi sebati dalam badan atau diri suaminya kerana termakan ‘makanan’ dari perempuan pisau cukur itu.
Hanya ada satu jalan bagi merawat suaminya iaitu membawa suaminya sendiri berjumpa dengan ustaz bagi memuntahkan semua yang sudah sebati dalam badan suaminya. Namun ajakan tersebut tidak berjaya, malah keluarga mertua juga tidak percaya dengan hal tersebut.
Sehinggalah keadaan menjadi semakin parah yang mana membawa kehancuran rumahtangga mereka. Suaminya melafazkan cerai talak satu. Wanita ini terduduk, tidak tahu nak melakukan apa. Jadi dia mengambil keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarganya sendiri.
Setelah bercerai dan pulang ke pangkuan keluarga, hidup suaminya tidak terurus. Kini dia redha dengan ujian berat itu. Suaminya masih belum sembuh, masih di Kuala Lumpur tetapi dia tidak tahu apa berita mengenai suaminya.
Walaubagaimanapun, wanita yang diuji ini sempat menitipkan pesanan supaya sentiasa beramal dan rapatkan diri dengan Allah. Jangan sesekali asingkan diri jauh dari Allah. Yakin bahawa sihir, santau itu wujud. Walau apa pun yang berlaku, dekatkan diri pada sang pencipta. Hanya dia yang mampu melindungi kita semua.
Sumber : IIUMC