Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kedai Dekat Perak Tapi Runner Dekat KL…”, Sistem Buat Silap, Rider Foodpanda Jadi Mangsa

“Kedai Dekat Perak Tapi Runner Dekat KL…”, Sistem Buat Silap, Rider Foodpanda Jadi Mangsa

Kategori:
sistem foodpanda bermasalah rider jadi mangsa

Sejak wujudnya khidmat penghantaran makanan di Malaysia, ramai yang menggunakan khidmat ini. Malah sejak negara kita dilanda COVID-19, ramai yang bekerja sebagai penghantar makanan. Tidak kira sama ada foodpanda, GrabFood atau lain-lain.

Berkenaan dengan foodpanda ini. Ada seorang rider yang dikenali dengan nama Ikwan Yusup telah berkongsi sebuah cerita di mana berlakunya satu kejadian yang disebabkan oleh sistem foodpanda, mungkin sistem tersalah mengemukan alamat sehingga terjadi perselisihan faham antara penjual dengan penghantar makanan.

Sistem buat silap, rider jadi mangsa…

Cerita semalam..mcm mana boleh jatuh batch pagi isnin pulak tu..punca nya ni la..system buat silap,.rider jd mangsa..adoi..xpasal2 rider kemunting kurang order..

Pada mulanya, rider foodpanda ini tidak dapat menjejaki Kedai Kerabu Mekwa. Apabila sampai di alamat yang diberikan, kedai tersebut tiada. Menerusi perbualan antara abang rider dan owner kedai tersebut, difahamkan sistem foodpanda owner kedai Kerabu Mekwa yang mempunyai masalah.

Banyak tempahan yang masuk namun runner tidak datang collect. Malah ada juga runner daripada Kuala Lumpur yang call untuk datang ambil tempahan tersebut.

Menurut pemilik kedai itu juga, dia baru sahaja menggunakan aplikasi foodpanda tiga minggu yang lepas. Dua minggu pertama semuanya okey dan tiada apa-apa masalah. Namun kini ada pelanggan menghubunginya dan memberitahu kedai tidak ada dalam sistem.

Menjengah ke ruangan komen, ada para rider yang berkongsi pengalaman bahawa mereka pernah mengalami situasi yang sedemikian rupa. Malah ada juga yang memberi komen mengatakan foodpanda kini banyak masalah.

Macam aku kena tadi…

Sistem detect jalan lain…

Isu ini susah nak selesaikan…

 

Walaubagaimanpun, kami mengharapkan agar sistem foodpanda ini ditambah baik semula. Apabila masalah sebegini rupa sering terjadi, pelanggan atau pun orang ramai akan hilang kepercayaan.

Kredit: Ikwan Yusup

Baca juga: Rider Foodpanda Ni Niat Nak Tolong Orang, Last Sekali Motosikal Sendiri Yang ‘Berenang’ Buat Netizen Keliru!

tags: |