Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Buang Banyak Biskut Raya Ke Dalam Hutan, Tindakan Ini Di Kecam Teruk Oleh Warganet!

Buang Banyak Biskut Raya Ke Dalam Hutan, Tindakan Ini Di Kecam Teruk Oleh Warganet!

Kategori:
buang biskut raya dalam hutan

Tidak dinafikan raya tahun ini kurang meriah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Raya tanpa Covid-19 memang satu kenikmatan. Namun kini semuanya berubah. Tiada sambutan yang meriah, tiada lagi kesesakkan lalu lintas di lebuhraya kerana semua warga kota tidak boleh pulang ke kampung.

Tiada lagi borongan kuih atau biskut raya yang dibeli untuk dimakan bersama keluarga dan dijadikan hidangan untuk tetamu. Disebabkan oleh itu jugalah ramai peniaga kuih atau biskut raya ini mengalami kerugian hampir beribu-ribu ringgit.

Membuang biskut raya yang tidak habis

Terbaharu ada pihak yang tidak bertanggungjawab memilih membuang biskut raya yang tidak habis dijual ke dalam hutan. Mungkin disebabkan rasanya sudah tidak elok atau mungkin juga sebab lain. Hanya pihak berkenaan sahaja tahu apa penyebabnya.

https://www.facebook.com/chefdanialhadi/posts/1769758693229317?__cft__[0]=AZUl6Pv_P0I2a-MpWW-ps-_L4P4K_DIJa3tGubVogNidBE9GnD1rdxtIh31JYRum6B9_VKwcGMuPbDR4hL5_IiQBd2Y3BkIadDp78H5LDZO5EgJsXotOFAtyG3-BHkfYPLf5xBjvOSqwirY58nAI87x7&__tn__=%2CO%2CP-R

Walaubagaimanapun kejadian yang dikongsi oleh Ahmad Fahmi dan dikongsi kembali oleh Chef Danial Hadi itu telah mendapat kecaman dari netizen. Rata-rata netizen marah kerana membuang kesemua kuih raya terbabit ke dalam hutan. Kenapa tidak diberi sahaja kepada jiran.

Selain daripada marah kerana tidak menyedekah kuih raya kepada jiran, ada juga netizen yang mempersoalkan tentang bekas plastik kuih berkenaan. Umum mengetahui bahawa yang non biodegradable ini akan menyebabkan berlaku pencemaran kepada alam sekitar kita.

Tak jadi miskin kalau sedekah…

Ya Allah, membazirnya…

Tak dapat balik modal kat dunia takpe dapat kat akhirat…

 

 

 

tags: |