Bila beli kentang, kadang-kadang tak sempat nak masak sampai jadi bertunas. Kalau nak buang, sayang pula sebab masih elok.
Tapi ada yang kata, kentang bertunas dan berwarna hijau ini tak elok sebab mengandungi racun. Tapi, betul ke? Jom baca penjelasan daripada Dr. Mazliana Mazlan.
Kentang kalau dah rupa macam ni, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid. Sejenis bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang.
Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur kita, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas.
Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak bila kita makan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul.
Terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil. Lebih hati-hati ya, jika rumah kita ada 2 golongan ini.
Muntah. Cirit. Sakit perut. Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid.
Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan:
Pernah saya tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak, dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.
Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide, yang kalau makan sebiji je tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian.
Dulu saya sayang jugak nak buang, sebab dua biji je kentang yang tinggal, dan dah nak masak pagi tu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang dah saya.
Kalau diorang sakit, lagi teruk saya nak handle lepas tu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan.
Boleh ya, sama-sama kita cuba k.
Kredit: Dr. Mazliana Mazlan
Baca Juga: Teknik Betul Simpan Ikan Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama, Tak Payah Hari-Hari Beli!