China telah meluluskan undang-undang anti pembaziran makanan yang melarang pelanggan memesan makanan dalam kuantiti yang berlebihan. Undang-undang itu mula dilaksanakan pada bulan Mei tahun lepas.
Undang-undang itu adalah sebahagian daripada kempen anti pembaziran makanan yang telah terpakai di seluruh negara itu pada tahun lalu selepas Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa pembaziran makanan adalah sesuatu yang membimbangkan. Turut berkemungkinan mengancam bekalan makanan di China. Merakan dan berkongsikan video makan seperti mukbang juga dilarang.
China tidak menghadapi masalah kekurangan makanan, namun Xi melancarkan kempen itu bagi penjimatan makanan pada bulan Ogos ekoran dari kemelesetan ekonomi disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang merupakan satu bentuk peringatan untuk negara lebih berjimat bagi menjamin bekalan makanannya.
World Food Programme Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa puluhan juta orang diambang kelaparan akibat gangguan rantaian bekalan semasa pandemik.
Pihak berkuasa tempatan di China telah mengatur pelbagai langkah untuk menguatkuasakan arahan yang dikeluarkan oleh presidennya itu. Para pegawai turut dikerahkan untuk memeriksa sisa makanan di kantin syarikat.
Kumpulan industri kuliner turut dilaporkan telah mempromosikan makanan yang dikenali sebagai “N-1”, yang bermaksud jumlah hidangan mestilah kurang daripada jumlah tetamu.
Beberapa restoran juga dilaporkan berjanji untuk menawarkan pilihan sukatan makanan yang sedikit. Sebuah restoran di Changsa meletakkan penimbang berat di pintu masuk mereka dan memberikan pilihan makanan mengikut berat badan pelanggan.
Censors juga turut menurunkan video makan yang sangat popular dari laman video pendek seperti Douyin, TikTok versi negara China.
Kira-kira 35 juta makanan dilaporkan dibazirkan di China setiap tahun, menurut media negara China. Sebagai perbandingan, sekurang-kurangnya 66 juta makanan telah dibazirkan di Amerika Syarikat setiap tahun, menurut Jabatan Agrikultur A.S.
Menurut undang-undang baru itu, restoran boleh didenda sehingga 1,550 dollar (Sekitar RM 6 ribu) jika menggalakkan pelanggan memesan makanan dalam jumlah yang banyak dan boleh menyebabkan pembaziran.
Stesen TV dan syarikat media atas talian boleh dikenakan dengan hingga 16,000 dollar (sekitar RM 66 ribu) jika mereka didapati membuat atau menayangkan video berkenaan makan-makan yang melanggar undang-undang tersebut.
Undang-undang ini juga mewajibkan penganjur dan pengunjung jamuan makan untuk memesan jumlah makanan yang diperlukan sahaja ketika makan di luar.
Pada Selasa, penguatkuasa di timur Nanjing dilaporkan telah mengeluarkan peringatan pertama di bawah undang-undang anti pembaziran makanan kepada sebuah kedai roti. Kedai itu didapati telah membuang pastri yang tidak kelihatan elok serta yang tidak terjual pada hari yang sama ianya dibuat.
Pemilik kedai tersebut kemudiannya berjanji untuk menyumbangkan sisa makanan tersebut serta menjadikannya sebagai sampel percuma untuk pelanggan, lapor akhbar tempatan Yangtse Evening News.
Sumber: Vice