Semakin hari dunia semakin kejam. Semakin ramai yang mengalami kesusahan hidup. Pastinya ramai di luar sana yang sudah ‘jatuh’ apabila mengenang nasib akan datang yang tidak pasti. Mungkin mereka semua sedang penat menghadapi dugaan hidup. Siapa tahu kan?
Terbaharu, aktivis kebajikan Natipah Abu ada berkongsi tiga rintihan daripada 33 keluarga. Masing-masing meluahkan masalah yang mereka hadapi. Lebih sedih lagi apabila mengenangkan ada anak kecil yang kelaparan sehinggakan ada yang sampai bergolok gadai serta hilang sumber pendapatan.
Semoga perkongsian daripada Natipah Abu ini dapat membuka mata kita semua dan membuka hati kita untuk bersedekah pada pagi Jumaat yang mulia ini.
Sedekah Jumaat: Barang dapur
Keperluan: RM10,000
Sumbangan: Maybank Natipah Abu 552107617521
Saya mohon Kak Pah, saya betul-betul dah kusut sekarang ni. Barang dapur dah betul-betul tak ada. Rumah sewa dah sangkut. Kalau Kak Pah tak kesian dekat saya, saya mohon Kak Pah kesian sama kat anak saya Kak Pah. Walaupun tak seberapa pun bantuan, syukur Alhamdulillah penting buat keluarga saya sekarang ni Kak Pah.
Saya bukan taknak kerja Kak Pah, (tapi) tak boleh nak kerja PKP ni. Tadi kawan isteri saya bagi beras, barang basah tak ada langsung. Saya cari telur RM2 Kak Pah. Makan dalam satu hari. Lepas ni tak boleh nak cakap saya Kak Pah.
Cincin kahwin isteri saya tak dapat ambil dah tamat tempoh, cincin tunang pun dah masuk pajak. Saya mungkin tak dapat ambil dah. Saya tak ada apa-apa saya sekarang ni Kak Pah. Ni PKP sambung lagi, tak makan keluarga saya Kak Pah.
Ya Allah, sunyi-sepi Kak Pah. Kena sabar dan kena kuat mental dan fizikal. Akma memang tak boleh nak berharap dengan niaga ni Kak Pah. Betul-betul ‘down’ Kak Pah. Niaga takda orang sungguh-sungguh ni. Sunyi sepi Kak Pah. Petang-petang pula redup nak hujan, ni pun hujan renyai-renyai, tak lebat je.
Semalam dapat RM15, hari ni dapat RM8 je Kak Pah, Allah. Tak tahu nak cakap macam mana. Goreng-goreng macam tak terusik. Macam mana nak buat lagi ye Kak Pah untuk masuk ‘income’. Risau Akma keadaan macam ni.
Saya malu nak bagitahu. Berkali-kali fikir. Baru ni saya dah mohon bantuan untuk selesaikan tunggakan bil elektrik. Bolehkah kali kedua saya nak mohon untuk beli keperluan barang dapur dan pampers untuk anak saya. Susu, dia hisap susu dada. Suami saya tak kerja dari bulan puasa.
Lagilah..suami hanya kerja kampung. Ada kerja ada gaji. Sejak ‘lock down’, hilang pendapatan terus. Boleh ke saya nak mohon untuk sumbangan untuk beli barang dapur dengan lauk? Saya ada RM30 lagi. Maaf jikalau saya ni keterlaluan. Malu rasanya.
Mungkin bagi mereka yang mempunyai pendapatan tetap tidak begitu tertekan dengan keadaan kini. Tetapi cuba kita selami apa perasaan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap ini. Alangkah beratnya dugaan yang mereka pikul.
Maka ringankanlah tangan kita bagi membantu mereka yang memerlukan ini. Moga sumbangan kita yang sedikit ini dapat memberikan senyuman kegembiraan buat mereka. InshaAllah.
Sumber : Natipah Abu