Pastinya semua sudah sedia maklum, semenjak akhir-akhir ini memang banyak kisah sedih akibat kesempitan hidup pada ketika ini. Covid-19 memang betul-betul membuatkan penduduk dunia jatuh terduduk. Kisah-kisah sedih yang kita dengar saban hari membuatkan kita mengalirkan air mata.
Terbaharu, ada sebuah kisah di mana peniaga kedai makan menghadapi situasi yang menyedihkan. Menurut pemilik akaun facebook yang dikenali dengan nama Cikgu Jahit ini, ada seorang pakcik tua yang datang untuk mendapatkan nasi percuma.
Namun kedatangannya agak lewat, kesemua nasi percuma sudah habis. Jadi pemilik kedai ini meminta pakcik ini datang kembali keesokkan hari. Tetapi apabila diberitahu begitu, muka pakcik ini serba salah. Hanya menggarukan kepala dan mengeluarkan sekeping duit RM1.
Alkisahnya, saya dikunjungi seorang hamba Allah yang umur mungkin sudah lebih separuh abad. Beliau datang mungkin atas maklumat orang ramai memandangkan saya sekarang ada menganjurkan sumbangan makanan ‘nasi percuma’ sekitar kampung buat mereka yang benar-benar terkesan di kala PKP ni.
Pakcik ini datang agak lewat jadi ‘nasi percuma’ yang kitorang agihkan sudah habis. Saya hanya cakap insyaAllah kalau ada sumbangan lagi esok saya akan maklumkan dalam group whatsapp dan FB. Boleh lah pakcik datang lagi esok. Nampak muka pakcik tu serba salah. Mungkin besar harapan beliau untuk dapatkan ‘nasi percuma’ itu. Beliau hanya menggaru-garukan dahi dan keluarkan sekeping duit RM1 dan bertanya nasi apa yang boleh dibeli dengan harga RM1 itu.
Lalu akak ini bertanya nak berapa dan lauk apa. Pakcik tadi memberitahu nak dua bungkus namun wang yang dibawa olehnya hanyalah RM1, memang tidak cukup. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila pakcik ini memberitahu yang isterinya suka gulai lemak telur itik.
Namun kini isterinya itu menghidap strok dan tak boleh berjalan. Manakala pakcik ini sudah berhenti kerja semenjak PKP awal Jun. Jadi Pakcik ini terpaksa usaha keluar cari makan kalau-kalau ada orang nak bagi sumbangan.
Saya tanya pakcik nak berapa dan nak lauk apa. Beliau cakap ikutkan nak dua bungkus tapi mana cukup dengan duit RM1 tu. Lauk apa-apa pun takpe asalkan cukup dengan duit yang beliau ada. Saya suruh beliau pilih lauk-lauk yang ada dan beliau hanya tunjukkan gulai lemak telur itik. Isteri sangat suka makan gulai telur macam ni tapi sekarang dia sakit dan tak boleh bergerak ke mana-mana, kena strok kata pakcik tu. Anak-anak semua dah bekeluarga dan masing-masing pun bukan orang senang. Terpaksa lah pakcik usaha keluar cari makan kalau2 ada orang nak bagi sumbangan. Sebelum ni kerja jadi guard tapi dah berhenti lepas PKP awal Jun baru ni.
Selepas pakcik ini mengambil dua bungkus nasi, beliau tetap hendak bayarkan dengan duit RM1 yang ada itu. Pada mulanya wanita ini menolak namun pakcik ini memberitahu jika tak ambil duit itu, pakcik dah tak nak datang lagi ke kedai itu.
Selepas pakcik ambil nasi dua bungkus, beliau tetap nak hulur dan bayar dengan duit RM1 tu. Saya cakap, takpe pakcik saya halalkan. Beliau cakap takpe pakcik ikhlas nak bayar. InsyaAllah esok pakcik datang lagi. Kalau tak ambil duit tu pakcik dah tak nak datang sini, pakcik malu.. Allahuuu, sebak saya. Saya ambil duit tu dan cakap esok pakcik mesti datang awal. Saya nak bagi nasi percuma tu buat pakcik dan isteri. InsyaAllah jawabnya.
Lepas pakcik tu pergi, saya belek2 tengok duit RM1 yang pakcik tu bagi. Kalau tengok kan keadaan duit tu, saya boleh agak mesti pakcik ni ambil dekat mana2 penjuru rumah, bawah tikar, celah almari atau mana-mana saja. Allahuakbar, semoga pakcik dan orang-orang lain yang senasib sentiasa sabar dan redha. InsyaAllah, Allah ada.
Semoga wanita yang mempunyai hati yang murni ini dimurahkan rezeki dan dipemudahkan segala urusan. Begitu juga buat pakcik ini. Semoga terus dikurniakan keberkatan dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Sumber : Cikgu Jahit Via MAHN