Beras merupakan makanan asasi rakyat Malaysia. Daripada beras ia akan dimasak atau ditanak lalu menjadi nasi. Kebanyakan rakyat di negara Asia suka makan nasi. Kalau tidak makan nasi memang tidak lengkap rasanya. Malah beras ini juga mudah didapatkan dan sememangnya banyak ditanam di negara Asia.
Berkenaan dengan beras ini, ada seorang wanita yang dikenali dengan nama An Nurshuhadah menanyakan pendapat berkenaan dengan beras yang berubah bentuk dan warna.
Menurutnya, ini adalah kali pertama dia berhadapan dengan situasi ini. Beras tersebut baru dibeli olehnya, separuh dia sudah letakkan dalam bekas manakala separuh lagi diikat.
Manakala tamat tempoh juga lambat lagi. Ekoran itu dia meminta pendapat warga group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, adakah beras tersebut masih lagi boleh dimakan atau tidak dan kenapa dia menjadi sebegitu rupa.
Salam. Nak tanya kenapa ya beras jadi macam ni? Belah bawah je sikit. Pertama kali jadi, beras baru beli dah ambil separuh letak dalam bekas. Separuh lagi ikat. Expired date lambat lagi.
Atas-atas elok lagi saya dah keluarkan, tu boleh selamatkan tak?
Rata-rata warganet mengatakan beras tersebut menjadi begitu adalah disebabkan terkena air dan menyarankan agar dibuang sahaja. Bimbang sekiranya dijangkiti apa-apa kuman.
Sebaiknya elakkan makan atau masak beras yang sudah berkulat atau bertukar warna seperti ini. Ada baiknya kalau dibuang sahaja atau berikan kepada ayam atau itik.
Kredit: An Nurshuhadah Via MAHN