Ikan pari merupakan antara ikan laut dan air tawar yang sangat popular dalam kalangan masyarakat kita. Ikan yang berasal dari spesies atau saudara ikan jerung ini biasanya berbadan leper dan lebar. Terdapat lebih 600 spesies ikan pari yang ada di laut dan air tawar. Mempunyai pelbagai jenis bentuk, saiz dan habitat ikan pari ini memang sangat enak apabila dibakar lalu dicicah pula dengan air asam.
Selain dibakar dan dicicah dengan air asam, ikan jenis ini juga sering kali dibakar dengan rempah tumis. Rasanya memang sangat enak, tambahan pula di bulan Ramadan ini, memang ramai yang berniaga ikan pari bakar.
Berkenaan dengan ikan pari bakar, sejak beberapa hari yang lepas viral berkenaan dengan sebuah perkongsian dari Noor Kamil berkenaan dengan ikan yang dibakarnya. Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya rupa ikan pari yang telah dibakar itu agar pelik dan agak menyeramkan.
Pada mulanya, Noor membakar ikan tersebut dan untuk dicicah air asam. Namun melihat rupa ikan tersebut memang agak pelik dan pastinya ia mengejutkan. Terbentuk sesuatu, seperti rupa bentuk manusia dan haiwan kerana kelihatan terbentuknya mulut, hidung dan mata namun dalam keadaan bersedih. Ekoran itu, dia tidak menikmati ikan tersebut kerana berasa takut. Hanya suaminya sahaja yang memakannya.
Menerusi perkongsian itu juga jelas kelihatan ikan yang masih di dalam besi pembakar tersebut yang pelik, kelihatan seperti wajah manusia. Namun kemungkinan besar, hal tersebut berlaku adalah disebabkan wanita ini tidak membuang atau memotong bahagian tersebut terlebih dahulu.
Bakar ikan pari konon nak cicah air asam..
tapi apasal nampak macam pelik ea.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang menyaksikan gambar ini berasa takut dan tidak kurang juga ada yang berasa lucu. Namun dalam masa yang sama ada yang sedih melihat muka ikan tersebut.
Apabila melihat ikan pari berkenaan tak tahu sama ada nak gelak ke nak menangis. Seram pun ada kelakar pun ada. Kalau yang penakut, pasti tak makan dah apabila melihat rupa bentuk macam ni kan?
Kredit: Noor Kamil