Pejam celik, bulan Ramadan hampir tiba pada penghujungnya. Seperti yang kita tahu, orang Islam dibolehkan untuk dine-in apabila tiba waktu berbuka nanti.
Kebebasan untuk dine-in bagi pelanggan non-muslim tidak sepatutnya menjadi satu isu pada bulan puasa kerana prinsip negara kita yang menghormati kepecayaan agama lain.
Nanti, ia menjadi satu masalah bagi seorang lelaki bukan Islam yang mengalami kesukaran untuk dine-in dengan tenang di restoran pada waktu siang meskipun tiada halangan.
Pelanggan non-muslim ini mengeluh di media sosial apabila sering dipandang pelik dan dipersoal kerana tidak berpuasa sedangkan dia bukan Islam.
Berkongsi di TikTok, @chaen1997 akui kesal kerana sering dipandang serong oleh staf restoran ketika ingin menjamu selera di siang hari kerana paras rupanya yang seakan orang Melayu.
Dalam video tersebut, Chean berkongsi pengalamannya yang sering berhadapan dengan situasi ini. Dia juga mengesyaki bahawa staf yang bekerja di situ menjelingnya kerana menganggap dia beragama Islam.
Jelas Chean di ruangan komen, dia merupakan orang Siam Kedah. Oleh sebab itulah paras rupanya sangat mirip dengan orang Melayu.
Netizen yang hadir di ruangan komen juga sempat berseloroh dengan mencadangkan kepada pemuda tersebut untuk meletakkan kad pengenalan di dahi jika ingin makan di mana-mana restoran selepas ini.
Segelintir netizen bukan Islam turut berkongsi pengalaman yang sama pada bulan Ramadan ini. Ada yang pernah kena serbu dengan jabatan agama, ada juga yang kena jeling seperti pemuda ini.
Mereka juga ada taktik tersendiri supaya tak disalah anggap ketika ingin beli makanan pada bulan puasa.
Melihatkan nasib pemuda ini, sebenarnya kesian juga dengan rakan-rakan bukan Islam kita yang sukar untuk makan dengan tenang setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Namun, bukan mudah untuk kita ubah mentaliti sesetengah orang yang suka mengecam sebelum tahu perkara sebenar.
Oleh sebab itulah kita tak sepatutnya mengandaikan agama orang semata-mata melalui paras rupa kerana agama yang kita pegang tidak ada kena mengena dengan bangsa seseorang.