Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Niat Untuk Bersedekah Sambil Berniaga, Bekas Jurutera Tak Kisah Jual Kuih 20 Sen Sekeping

Niat Untuk Bersedekah Sambil Berniaga, Bekas Jurutera Tak Kisah Jual Kuih 20 Sen Sekeping

Kategori:

Isu kenaikan harga barang di negara kita masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Ditambah pula dengan badai pandemik yang masih belum reda, golongan berpendapatan rendah dilihat makin terbeban dengan kos barangan keperluan yang tinggi.

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan peniaga makanan juga didapati telah menaikkan harga produk masing-masing akibat kenaikan harga barang.

Namun, isu ini tidak menjadi penghalang bagi seorang peniaga kuih-muih di Bentong, Pahang yang masih jual kuih pada harga 20 sen sekeping.

Meskipun kedengaran seperti mustahil, namun Muhd Haqim Mohamad berkata dia tiada niat untuk berniaga semata-mata untuk mengejar keuntungan.

kuih 20 sen

Tak Kisah Jual Kuih 20 Sen Sekeping

Peniaga yang merupakan bekas jurutera ini mula menjual kuih bersama isterinya sejak diberhentikan kerja 2 tahun lepas.

Berbanding kebanyakan peniaga yang menyasarkan keuntungan berlipat ganda, peniaga berusia 27 tahun ini memasang niat untuk berniaga sambil beramal.

Beliau akui kehidupan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sangat susah. Dari situlah tercetusnya idea untuk membuka gerai kuih 20 sen agar semua golongan tak kira miskin atau kaya dapat nikmati kuih muih tanpa rasa terbeban.

Ribuan Biji Kuih Laris Setiap Hari

Sepanjang bulan Ramadan ini, dia bersama isteri menjual pelbagai jenis kuih-muih seperti karipap, cucuk badak, kuih kasturi dan donat.

Kuih muih yang dijual pula bukanlah sedikit, malah dianggarkan 1,000 biji karipap, pau goreng dan cucur badak laris dijual setiap hari manakala kuih lain terjual kira-kira 400 hingga 400 biji sehari.

Menurut peniaga ini, meskipun dia membuka perniagaan untuk mencari rezeki, namun matlamat utamanya adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk rasai kuih jualannya.

Dengan adanya gerai sederhana yang dibuka berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bentong ini, Haqim bersyukur dapat menampung perbelanjaan keluarganya meskipun keuntungan yang diperolehi kecil.

Pelanggan Terkejut Dengan Harga Kuih 20 Sen

Gerai ini mula mendapat perhatian apabila tular di laman sosial Facebook kerana menjual kuih dengan harga 20 sen.

Kebanyakan pelanggan pada mulanya terkejut melihat harga yang dipaparkan pada kain rentang gerai ini.

kuih 20 sen

Mereka juga akui harga kuih serendah ini memang sukar untuk didapati. Rata-rata mereka juga berpuas hati dengan saiz kuih yang dijual kerana tidak terlalu kecil.

Netizen yang baru tahu kewujudan gerai kuih ini turut memuji usaha murni pasangan suami isteri ini.

kuih 20 sen

Niat suci pasangan suami isteri ini wajar dipuji dan dijadikan contoh buat semua peniaga. Tambahan pula pada waktu pandemik yang menduga ramai orang ini, usaha mereka pasti sangat bermakna buat golongan yang terjejas.

Semoga usaha murni pasangan suami isteri ini dapat menjadi inspirasi buat semua untuk banyakkan beramal selagi boleh.

Sumber : TikTok Harian Metro

tags: