Kaum Melayu kaya dengan adat dan pantang larang yang menjadi sebahagian identiti dan lambang jati diri bangsa.
Dalam pelbagai aspek kehidupan, terdapat pelbagai pantang larang yang pernah kita dengar dari nenek moyang termasuklah dalam bab penghasilan makanan tradisional. Pasti ada sesetengah makanan yang mempunyai pantang larang atau petua tersendiri yang diamalkan sejak dulu.
Pantang larang ini dipercayai dapat menjamin hasil makanan yang cantik dan lebih tahan lama.
Antara makanan yang mempunyai pantang larang yang paling kuat dalam bab penghasilannya adalah tapai.
Tular baru-baru ini apabila seorang pengusaha tapai berkongsi keluhan di media sosial akibat hasil tapainya yang tak menjadi.
Menerusi hantaran video dari Zaiton Sopian, dia kesal kerana tapai yang dihasilkan mempunyai tompokan merah dan tak boleh dijualkan kepada pelanggan.
Bukannya sedikit, malah beberapa bekas didapati tidak elok. Akibatnya, dia terpaksa batalkan tempahan dan hanya boleh jamahnya di rumah bersama keluarga untuk elakkan pembaziran.
Dia juga akui agak kalut untuk siapkan tempahan ini disebabkan sambutan raya yang mengejut pada tahun ini.
Tambahnya lagi, pengusaha tapai yang lain pasti biasa menghadapi masalah ini dalam menyiapkan tempahan pelanggan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib pengusaha tapai itu.
Segelintir warganet menganggap kejadian ini berlaku akibat si pembuat telah melanggar pantang larang penghasilan tapai.
Dari situlah terungkit semula kepercayaan nenek moyang yang mengatakan perempuan sedang datang bulan tak boleh buat tapai.
Namun, perkara ini dibidas habis-habisan oleh kebanyakan netizen yang berpengalaman membuat tapai.
Menurut mereka, tak ada masalah pun untuk wanita haid membuat tapai. Katanya, pantang larang tersebut dibuat hanya sebagai kiasan supaya si pembuat tapai menjaga kebersihan semasa proses pembuatan tapai.
Ada juga netizen yang berkongsi pembuat tapai lelaki juga pernah hasilkan tapai bertompok merah!
Jadi jelaslah yang masalah tapai tak jadi ini bukanlah disebabkan perempuan datang bulan.
Dalam pada itu, warganet sempat berkongsi beberapa faktor yang boleh menyebabkan tapai tak menjadi.
Antaranya ialah pemilihan ragj yang tak bagus, pulut yang tak dibiarkan sejuk sebelum letak ragi dan kebersihan perkakas serta tangan si pembuat.
Untuk membuat tapai, pulut perlu dicuci dengan betul, perkakas kena bersih, tangan tak boleh basah dan sebagainya.
Kata netizen lagi, bila nak buat tapai, tak boleh sambil berbual kerana akan lambatkan proses tapai dan boleh cemarkannya!
Ada juga warganet yang menyarankan pembuat tapai untuk gunakan ragi yang dihasilkan dari Kelantan atau Terengganu. Kata mereka, ragi dari dua negeri ini lebih berkualiti dan menjamin hasil tapai yang elok.
Untuk elakkan tapai tak menjadi, sesetengah pakar pembuat tapai sarankan untuk bentukkan tapai jadi bulat dan susun ke dalam bekas. Tak perlu bungkus dalam daun pun boleh.
Pernah tak korang alami benda ni bila buat tapai? Menurut korang apa yang biasa jadi punca tapai bertompok merah? Jom kongsikan dengan kami!
Sumber : Zaiton Sopian Via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni