Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Maggi Perisa Ayam Tambah Telur RM10 Semangkuk, Pelanggan Tak Tahu Nak Rasa Apa

Maggi Perisa Ayam Tambah Telur RM10 Semangkuk, Pelanggan Tak Tahu Nak Rasa Apa

Kategori:

Jika menyebut perihal makanan yang murah, sedap dan senang dimasak, pasti kita akan terfikir salah satu makanan yang mempunyai ciri berkenaan adalah mi segera ataupun secara umumnya orang panggil Maggi.

Bagi pelajar universiti misalnya, Maggi adalah makanan yang akan selalu tersedia di dalam rumah atau bilik masing-masing. Jika mereka mahu berjimat atau kesuntukan masa untuk memasak atau membeli makanan, Maggi adalah pilihan utama sebahagian daripada mereka.

Maggi Ayam Tambah Telur RM10 Semangkuk, Pelanggan Tak Tahu Nak Rasa Apa

Terbaharu, seorang pelanggan daripada sebuah restoran di Kota Kinabalu, Sabah meluahkan rasa kecewa yang bercampur baur apabila makanan yang dipesan olehnya yang berupa semangkuk Maggi Ayam tambah telur mencapai  harga RM10 semangkuk.

Merujuk hantarannya di Facebook, dia berkarta, harga yang dibayar untuk makan semangkuk Maggi itu membolehkan dia menikmati sehidangan nasi. Pelanggann terbabit telah memesan 2 mangkuk Maggi menjadikan harga 2 mangkuk Maggi itu mencapai RM20.

Bersama dengan itu, dia juga telah memesan segelas Neslo panas yang berharga RM5.50 dan Kopi O Panas berharga RM2.50.

Maggi Ayam

Menjengah di ruangan komen orang ramai, sesetengah netizen berpendapat masakan Maggi lebih menjimatkan jika masak di rumah. Ini termasuklah dari segi kos kewangan dan masa.

Contohnya, menurut seorang pengguna Facebook yang bernama Rina Lawrence Sapitan, dia berkata, “aku suggest ko beli jak megi di kedai runcit terus ko masak sama ayam sayur telur lagi mantap”, balasnya di ruangan komen hantaran tersebut.

Baik Masak Maggi di rumah,  lagi jimat!

Maggi Ayam

Dalam perkembangan yang sama, netizen juga memberi pandangan dan melabel harga semangkuk Maggi RM10 sebagai ‘harga kayangan’. Harga kayangan merujuk kepada harga yang mahal dan hanya mampu dibeli oleh golongan berpendapatan T20, biasanya.

Misalnya, pengguna Facebook yang bernama Maill Tdin berkata, “biasa kedai mamak magi + telur baru RM3…ni pula harga kayangan…wakaka” katanya di ruangan komen tersebut.

Selain itu, pengguna Facebook lain yang berpendapat sama, Dean Shaz berkata, “biasa lah… memang harga kayangan nih… dia tahu kan…ada masyuk dia pun mau tambah masyuk mah,” jelasnya.

Harga Maggi Ni Harga Kayangan

Maggi Ayam

Melihat kepada isu sekarang, banyak kedai yang cuba mengambil kesempatan akibat harga barang naik dan inflasi yang berlaku sekarang. Sepatutnya, kenaikan harga hendaklah selaras dengan harga pasaran.

Apapun, sebagai pengguna yang bijak, cuba semak dahulu harga di kedai makanan yang hendak dituju. Jika harga melampaui batas, kita ada hak pengguna untuk bertanya tentang harga terbabit dan tanyalah dengan persoalan yang berhemah.

Sumber: Racheal Marshanda 

Baca juga: “Jangan Bagi Ada Langsung, Kalau Ada, Tak Nak Repeat Order Dah..” Peniaga Ini Stress, Dapat Pesanan Foodpanda Macam Karangan Novel!

 

 

 

 

tags: | |