Siapa sangka disebabkan satu isu, Foodpanda Thailand diboikot besar-besaran oleh 2 juta pengguna dan puluhan ribu peniaga makanan?
Tular di Twitter kira-kira pertengahan bulan lepas, seorang rider Foodpanda didapati turut serta dalam membakar potret Raja Thailand bersama orang ramai dalam protes pro-demokrasi yang diadakan.
Walaupun tak mengenakan baju Foodpanda, tapi motorsikal yang dibonceng didapati terpasang beg penghantaran makanan Foodpanda dengan jelas.
คนก็รีกันไป โดยไม่พิจารณาว่าการฉีดน้ำมันให้ไฟลุกฟู่ขึ้นมามันผิดกฎหมายอาญา ถ้าคุณยอมรับให้คนมาทำผิดย่ามใจไปเรื่อย สังคมไม่มีขี่อไม่มีเเป วุ่นวายอย่างทุกวันนี้ .. อยากให้ดูที่มาที่ไปของเรื่อง ไม่ตัดสินจากคลิปหลังว่า เเค่มาชุมนุมก็ผิด ซึ่งจริงๆมันไม่ใช่ มีพฤติกรรมเเย่ก่อนหน้าอยู่ https://t.co/KGaMuiSgXU
— 🇹🇭Ton Patiwat🇹🇭 (@tonpatiwat) July 19, 2021
Video ini telah mencetuskan kemarahan di kalangan pengguna. Disebabkan insiden tersebut, Foodpanda telah keluarkan satu ciapan di Twitter yang mengaitkan kegiatan rider tersebut sebagai pengganas. Foodpanda juga tak teragak-agak untuk berhentikan rider berkenaan secepat mungkin.
Di Thailand, merosakkan potret kerabat diraja adalah satu kesalahan yang berat di sisi undang-undang. Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 15 tahun.
Walau bagaimanapun, banyak pihak termasuk orang awam, aktivis buruh, peniaga dan penghantar makanan menganggap tindakan mendadak oleh Foodpanda Thailand adalah keterlaluan dan dilihat menentang gerakan pro-demokrasi. Sejak tahun 2020, ribuan penunjuk perasaan sudah mulakan demontrasi untuk menuntut reformasi monarki.
Akibat reaksi negatif dari banyak pihak, Foodpanda Thailand kemudiannya kemukakan satu lagi kenyataan di Twitter untuk memaklumkan bahawa rider berkenaan tidak akan diberhentikan dan “kebebasan bersuara bukanlah satu kegiatan terrorism”. Namun semuanya sudah terlambat.
Netizen Thailand jelas tak berpuas hati dengan kenyataan terbaru dari Foodpanda sehinggakan hashtag #BanFoodpanda trending dan mencapai 1.2 juta ciapan dalam masa2 hari sahaja.
Kira-kira 2 juta pengguna dan 90,000 peniaga juga dilaporkan tarik diri dari platform penghantaran makanan tersebut hanya seminggu selepas insiden ini.
Yang menyedihkan, insiden ini memberi kesan yang sangat mendalam buat penghantar makanan akibat jumlah pesanan yang menurun secara drastik.
Hakikatnya, rider Foodpanda Thailand yang terjejas teruk akibat boikot besar-besaran di kalangan pengguna dan peniaga. Seorang rider Foodpanda juga sempat memuatnaik gambar dirinya mengenakan jaket Foodpanda dan mengangkat tiga jari sebagai simbol sokongan dalam gerakan reformasi anti-kerajaan.
“Saya sukakan jaket ini. Saya juga suka bekerja sebagai rider Foodpanda. Tapi saya benci syarikat yang melihat orang lain sebagai pengganas. Jika saya kehilangan kerja akibat sifat pentingkan diri syarikat ini, saya sanggup terimanya” coret pengguna Facebook, Dung Pan-in Saengsila.
Disebabkan kesan boikot yang terlalu besar, Foodpanda Thailand pun mula lancarkan macam-macam inisiatif untuk menyokong rider seperti komisyen tambahan sebanyak THB 10 (RM 1.27) untuk setiap pesanan. Pelbagai diskaun turut diberikan kepada pelanggan untuk galakkan mereka memesan makanan.
Namun, manfaat jangka pendek ini masih tak dapat meyakinkan rider Foodpanda yang terkesan. Salah seorang rider Foodpanda akui kelebihan ini juga tak dapat selesaikan masalah dalaman mengenai isu ini. Contohnya, dia terpaksa membayar banyak caj tambahan untuk terus berkhidmat sebagai rider.
Salah seorang rider menganggap syarikat ini tak sanggup untuk ambil langkah dalam melindungi status pekerja dan kurang inisiatif dalam melindungi pekerja mengikut akta buruh. “Ketidakseimbangan memang sangat jelas apabila syarikat boleh ambil tindakan mudah untuk pecat atau denda pekerja yang melakukan kesilapan”.
Sejak insiden tersebut, makin ramai rider makanan dari pelbagai platform seperti Grab, Gojek dan Lineman turut lakukan demontrasi untuk menuntut bayaran yang lebih setimpal.
Hanya disebabkan satu Tweet yang tular, imej syarikat Foodpanda di Thailand tercalar begitu teruk. Yang paling kesian adalah rider yang terjejas pendapatan mereka. Semoga nasib rider di sana terbela dan hasil pendapatan mereka dapat kembali seperti sediakala.
Sumber : amp.kr-asia.com