Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Apa Yang Pelik Lepak Mamak?…”, Guna Elektrik Kedai Mamak Kena Caj RM 1 Sejam

“Apa Yang Pelik Lepak Mamak?…”, Guna Elektrik Kedai Mamak Kena Caj RM 1 Sejam

Kategori: ,
kedai mamak

Kedai Mamak biasanya antara kedai yang popular dikunjungi orang ramai terutamanya pelajar atau warga kerja yang ingin makan di sana sambil membuat kerja.

Ini kerana, selain di McDonald, tempat berkenaan dianggap sebagai tempat tumpuan kerana ruangnya yang besar dan dianggap tempat yang sedap untuk melepak bersama jumlah kawan-kawan dan kumpulan yang ramai.

“Apa Yang Pelik Lepak Mamak?…”, Guna Elektrik Kedai Mamak Kena Caj RM 1 Sejam

Terbaharu, seorang pengguna TikTok menggunakan nama @Ezy memuat naik satu video yang memaparkan sebuah kedai Mamak mengecas RM1 bagi penggunaan satu jam elektrik jika berkunjung dan menggunakan plug elektrik di sana.

Video itu meraih perhatian netizen dan masing-masing memberi dan menyuarakan pendapat tentang hal tersebut. Ada yang menyokong tindakan kedai Mamak berkenaan dan ada juga yang sebaliknya.

kedai mamak

 

@ezyfarhan 😩 #fyp ♬ เสียงต้นฉบับ – unitel lao

Bagi mereka yang menyokong, mereka berpendapat harga yang dikenakan kedai Mamak sudahpun betul-betul murah jika memahami situasi ekonomi sekarang, semua harga barang semakin naik dan tiada yang percuma dalam dunia ni.

Mengambil beberapa komen, misalnya @lihatbalasan (113) berkata, “okay la tak segan nak guna. Kalau free ni malu la nak guna, dorang bayar, takkan nak ambil atas untung makanan nak bayar beli  elektrik untuk orang lain,” jelasnya dalam ruangan komen video berkenaan.

Selain itu, seorang pengguna TikTok lain @EztsKobayashi memberi pendapat, “sebab selau jumpa spesies manusia charge laptop/phone di restoran dan tak order apa-apa tapi buat macam di  Starbucks,” katanya.

“Tak Ada Benda Free Dalam Dunia Ni…”

Dalam perkembangan sama, ada juga netizen yang berseloroh mengenai wajar atau tidak wajar untuk cas penggunaan elektrik di kedai Mamak. Ada yang melawak seperti “lepak mamak ni untung tandas jer masuk tak bayar,” tulisnya di ruangan komen.

Dalam pada itu, @cicakkobain memberi helah yang berunsur ‘lawak’  kepada pelanggan, “pakai 59 minit minit cabut. Takyah bayar sebab tak cukup 1 jam,” katanya.

kedai mamak

Isu ini sebenarnya isu yang sudah lama dibincangkan tetapi ia bergantung kepada situasi penjual dan pelanggan. Hakikatnya, ada yang bersetuju dan ada yang sebaliknya kerana mereka berpendapat mengecas RM 1 seperti mengaut untung secara berlebihan.

Tetapi, ia berbalik kepada ‘common sense’ seseorang. Tidak kiralah daripada pihak peniaga atau pelanggan.

Sumber: Ezyfarhan

Baca juga: Wanita Benar Teman Lelaki Mualaf Makan Mi Sup Babi, Ramai Kecewa Dengan Tindakan Itu

tags: | |