Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 150 Mangsa Rugi RM20 Juta Kerana Musang King, Gara-Gara Sertai Perniagaan ‘Atas Angin’

150 Mangsa Rugi RM20 Juta Kerana Musang King, Gara-Gara Sertai Perniagaan ‘Atas Angin’

Kategori:
Musang King

Durian Musang King atau nama asalnya Raja Kunyit mempunyai isi bewarna kuning pekat. Durinya bersegi, sementara pangkal tangkainya tidak berduri dan garisan pangsa jelas pada kulit.

Ia dijual dengan harga yang agak mahal bermula RM50 sekilogram di pasaran atau 30 hingga 40 peratus lebih mahal daripada jenis durian yang lain. Ini mengakibatkan, ramai orang ingin menjalankan perniagaan tersebut kerana ia menjanjikan pulangan yang amat lumayan.

150 Mangsa Rugi RM20 Juta Kerana Musang King, Gara-Gara Sertai Perniagaan ‘Atas Angin’

Musang King

Tetapi, hal sebaliknya berlaku kepada 150 mangsa yang membabitkan kerugian berjumlah kira-kira RM20 juta. Menurut sumber Harian Metro semalam, seorang lelaki warga Palestin dikesan aktif menjadikan negara ini sebagai hab penipuan.

Lelaki terbabit dipercayai berada di Malaysia dan mengambil peluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia melakukan penipuan dengan menjanjikan pulangan kepada pelabur yang menyertai perniagaan ‘atas angin’ terbabit.

Mendedahkan perkara tersebut, Pengerusi  Khidmat Guam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, peserta perlaburan dari dalam dan luar negara termasuk dari Timur Tengah hanya diberikan sebatang pokok durian Musang King yang diambil gambarnya sebagai bukti wujudnya skim terbabit.

Menurutnya, mangsa ditawarkan pembelian sebatang pokok pada harga RM3,000 dan dijanjikan akan mendapat pulangan 2 hingga 3 kali ganda. Dengan janji manis berkenaan, lelaki itu turut berkata, setiap pokok boleh menghasilkan 100 biji durian dan pelabur akan mendapatkan untung pada harga semasa.

“Dengan licik, dia mengambil gambar gudang di beberapa lokasi di negara ini kononnya ia adalah gudang penyimpanan durian miliknya sedangkan ia adalah gudang kepunyaan orang lain,” katanya kepada Harian Metro.

Khairul Anwar berkata, setakat ini lebih 150 mangsa terjebak dengan pelaburan skim itu dengan kebanyakannya membabitkkan ekspatriat dan golongan profesional. Ada juga pemaustatin yang menjadi mangsa kerana mereka juga didapati lebih mudah dipengaruhi.

Tawar Sebatang Pokok Musang King RM3,000

Musang King

Tambahnya lagi, lelaki itu turut menyasarkan musim durian kali ini sebagai waktu yang sesuai untuk memperdaya mangsa selain mendakwa perserta skim akan mendapat keseluruhan perolehan sebanyak kira-kira RM2.6 juta setiap bulan.

Lelaki terbabit juga mendakwa sebagai wakil syarikat antarabangsa yang memiliki ladang durian dan gudang untuk menyimpan hasil tanaman sebelum dieksport ke luar negara.

“Percaya dengan pulangan ‘durian runtuh’ itu, mangsa mula melabur dalam skim berkenaan dan mempromosikan juga pelaburan ini kepada kenalan tanpa mengetahui modus operandi scammer untuk menarik lebih ramai lagi mangsa.

Janji 2.6 Juta Untung Setiap Bulan

Musang King

Jadi, melalui kes ini, berhati-hatilah dengan data dan perkara yang dikongsi di media sosial. Terlalu banyak kes penipuan atas talian yang membabitkan kerugian total yang besar. Semak dahulu info dan maklumat sebelum ke langkah seterusnya.

Di dunia yang serba moden ini, terlalu banyak modus operandi yang licik digunakan oleh pihak scammer untuk menipu. Segala maklumat peribadi yang dikongsikan haruslah dilakukan dengan berwasapada. Berjagalah sebelum terlambat!

Sumber: Harian Metro

Baca juga: “Hanya Berbalah, Bukan Mencarut..” Peniaga Restoran Kurang Ajar Buat Hal Lagi, Ini Penjelasan Isu ‘Makcik Puaka’..

tags: | |