Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » 29 Tahun Buka Kedai, Kini Harus Tutup, Peniaga Sedih Harga Bahan Mentah Naik Mendadak

29 Tahun Buka Kedai, Kini Harus Tutup, Peniaga Sedih Harga Bahan Mentah Naik Mendadak

Kategori:
harga bahan mentah naik

Akibat kos bahan mentah yang sedang naik mencanak, ditambah pula dengan isu subsidi yang ditarik kerajaan, bukan semua peniaga mampu bertahan dengan kenaikan harga sekarang.

Belum lagi memikirkan kos lain, anggaran kos kritikal yang selalu difikirkan peniaga lagi-lagi peniaga makanan adalah kos bahan mentah. Ini kerana, harga jualan makanan dapat ditentukan melalui kos bahan mentah untuk pusingan balik modal.

29 Tahun Buka Kedai, Kini Harus Tutup, Peniaga Sedih Harga Bahan Mentah Naik Mendadak

Terbaharu, menerusi sumber Malaysia Dateline, seorang peniaga kedai makan bernama Nur Hidayah Arof memberitahu ibunya perkara yang menyedihkan. Dia berkata, pada tahun ini, mereka terpaksa memberhentikan perniagaan makanan yang telah diusahakan sejak 29 tahun lamanya.

“Tahun 2019, dengan RM10 ni dekat kedai mak saya boleh dapat nasi ayam dua, ABC dua, sirap dua. Sebabnya nasi RM3.50, ABC RM1 dan sirap ais RM0.50 sen.

“Tahun 2022, mak saya tidak boleh dah teruskann harga macam tu. Dia jual harga murah sebab kedai dia berdekatan dengan sekolah pondok.

“Dia kesiankan dekat budak-budak, dia jual murah, 2022, mak saya dah tutup kedai. Dia berniaga sejak tahun 1993,” jelasnya lagi.

harga bahan mentah naik

Sementara itu, peniaga makanan lain, Soleha Siti berkata, beliau terpaksa menaikkan harga selain perlu menampung bekalan elektrik dan pelbagai kos bayaran lain. Ini semua kerana mahu mengimbagi bajet pusingan modal dari hari ke hari.

“Kami yang letak harga pun rasa serba salah. Kesian semua ada tapi tak boleh buat apa sebab kami nak pusing modal balik. Maffkan kami,” katanya.

Dalam masa sama, orang ramai khususnya golongan pekerja di kawasan bandar mengeluh belanja makan tengah hari pun mencecah bahkan melebih RM10 sekarang.

Terdapat kedai yang sama menaikkan harga makanan sehingga mencecah 50 peratus bagi juadah yang serupa hanya dalam tempoh 24 jam.

“Nasi, sayur dan telur dadar, semalam RM5 sahaja tapi hari ini RM7.50. Tempat yang sama, menu yang sama, harga belum tentu sama,” kata Haikal Hykal.

harga bahan mentah naik

Disebabkan itu, pelbagaii ikhtiar yang dilakukan dalam usaha berjimat cermat termasuk membeli nasi pada waktu pagi untuk makan tengah hari.

“Akak beli nasi pagi buat makan tengah hari. Jimat 2 ringgit,” kata Maziah Deris.

Lebih memeranjatkan, ada yang makan kenyang-kenyang waktu pagi dengan meninggalkan juadah makan tengah hari.

“Makan pagi pun RM9.50 tapi pastikan kenyang sampai petang,” kata Shah Izuani Asri pula.

“Belum Campur Kos Elektrik Dan Bayaran Lain Lagi”

harga bahan mentah naik

Jelaslah, isu harga bahan mentah naik mendadak ini, memang terkesan kepada semua pihak. Mahupun peniaga atau pembeli. Pelbagai cara yang dilakukan oleh masyarakat dan orang ramai untuk berjimat akibat kenaikan harga barang.

Semoga ada solusi dalam jangka masa panjang, bukannya dalam jangka masa pendek untuk kita menanngani isu ini. Semoga ada sinar dalam isu ini.

Sumber: Malaysia Dateline

Baca juga: Lepas Tengok Filem Mat Kilau, Terus Bersilat Masa Makan! Gelagat Remaja Lelaki Tarik Tumpuan Netizen!

tags: | |