Kehidupan sentiasa berjalan, detik demi detik, hari demi hari. Walau apa pun jua, kerja harus diteruskan untuk sesuap nasi bagi mengisi perut dan kelangsungan hidup. Keterbatasan hidup harus dilupakan sejenak, mungkin ia juga menjadi penguat semangat. Orang Kurang Upaya (OKU), misalnya.
Orang-orang yang terpilih dari Tuhan ini merupakan insan yang hebat. Walaupun termasuk dalam golongan OKU, ia bukan menjadi benteng untuk terus mengalah dalam hidup.
Terbaharu, satu kisah yang disiar oleh portal Harian Metro membuka mata orang ramai tentang kesungguhan dan keteguhan seorang insan bernama Mohamad Jafri.
Diuji sejak lahir tanpa kedua-dua tangann dan kaki, namun bukann penghhalanng bagi seorang pemuda untuk berusaha mencari rezeki dengan berniaga makanan.
Nama penuhnya, Mohamad Jafri, 31, lincah melakukan kerja menggoreng keropok lekor mahupun membungkus asam laksa yang dijual bersama isteri tercinta, Nur Aika Mansor,27, dii gerai miliknya yang baru dibuka sejak dua minggu lalu.
Dia yang juga pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang jahitan dari Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Orang Kurang Upaya (OKU) Bangi berkata, selama inni dia dan isteri menjual asam laksa. Ia diuruskan dalam talian menerusi penghantaran terus (COD) sebelum mengambil keputusan membuka gerai berkenaan.
“Saya mengajak isteri membuka gerai di tepi jalan untuk mengembangkan lagi perniagaan kami, selain mencabar diri supaya lebih maju walaupun diuji dengan fizikal yang tidak sempurna.
“Alhamdulillah, saya mampu melakukan pekerjaan seperti mereka yang normal. Malah, saya memasang sendiri khemah, mengangkat barangan berat contohnya tong gas atau dapur.
“Saya juga boleh membantu isteri membungkus asam laksa yang kami jual terutama ketika pelannggan ramai.
“Ramai antara pelanggan yang teruja melihat saya bekerja tanpa tangan serta kaki yang sempurna. Tidak kurang juga yang memuji dan memberi semangat agar saya lebih berjaya,”katanya ketika ditemui di gerai miliiknya di Kampung Tok Jawa, di sini, hari ini.
Mohd Jafri berkata, kebanyakan pelanggan datang ke gerai terbabit untuk merasai asam laksa air tangan isterinya yanng dijual pada harga RM8 sebekas.
Dia yang juga berkemahiran dalam bidang jahitan, turut berkongsi rasa gembira apabila pelanggannya semakin ramai sejak videonya berniaga tular di laman sosial.
“Gerai saya dibuka setiap hari Jumaat bermula 1.30 tengah hari sehingga 7 malam. Selain asam laksa dan kerepok lekor, kami turut menjual air minuman selain dalam perancangan untuk meniaga pisang goreng.
“InsyaAllah jika diberikan rezeki saya mahu kembangkan perniagaan ini. Sekali gus membuktikan bahawa OKU seperti saya juga mampu berjaya seperti mereka yang normal.
“Saya percaya kejayaan akan tiba jika kita berusaha sebaiknya,” katanya yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan.
Menurutnya, kekurangan diri tidak sesekali menjadi penghalang buatnya untuk berjaya. Dia teguh berpegang kepada peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, dalam mencapai sesuatu kejayaan.
Semoga sentiasa berjayadalam berniaga makanan dan apapun hal yang diceburi. Terima kasih kerana menginspirasi.
Sumber: Harian Metro