Banyak isu mengenai bekalan ayam menjadi persoalan dan perdebatan di negara ini. Subsidi, harga siling ayam dan hal berkait dibincangkan untuk menangani krisis berkenaan harga yang naik secara mendadak.
Semalam menurut sumber Free Malaysia Today, portal itu menyiarkan kenyataan ahli perniagaan terkemuka Amee Ali Mydin, bos Mydin yang menyindir harga siiling ayam yang baru diumumkan semalam dan berkata, ia tidak membawa sebarang perbezaan memandangkan masalah dalam rantaian bekalan masih berlaku.
Awal hari ini, kerajaan mengumumkan harga siling ayam, dengan harga dihadkan pada RM9.40 sekilogram pada Jumaat. Pada masa ini, ayam keseluruhan standard dihadkan pada RM8.90 sekillogram.
Ameer, yang merupakan Pengarah Urusan Pasaraya Besar Mydin berkata, kerajaan mesti mengutamakan bekalan ayam di pasaran berbanding harga.
“Dengan harga siling baharu, mustahil bekalan ayam di pasaran bertambah baik.
“Keadaan tidak akan berubah dengan harga siling bbaharu selagi kita terus mengalami kekurangan bekalann,,” kata bos Mydin kepada FMT.
Bagaimanapun, Penasihat Persatuan-Persatuan Penternak Malalysia (FLFAM) Jeffry Ng berkata, sebagai pengguna, beliau bersyukur kerana kerajaan menetapkan harga siliing baharu.
“Saya amat menghargainya kerana ia lebih berpatutan berbanding harga di negara lain seperti AS, di mana harga ayam adalah kira-kira USD3.50 (kira-kira RM15.40) sekilogram,” kata Ng kepada FMT.
Tetapi sebagai petani, katanya beliau mahukan penjelasan lebih lanjut daripada kerajaan mengenai struktur kos dan mekanisme subsidi, yang masih belum diumumkan.
“Pada ketika ini, kita hanya tahu harga siling. Jadi, kita perlu tunggu mereka memberi penjelasan,” jelasnya.
Bermula esok (1 Julai 2022) harga siling ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut
Semoga ada penyelesaian yang berperanan sebagai jangka masa panjang untuk kita semua.
Sumber: Free Malaysia Today
Baca juga: Rezeki Mengalir Melalui Bunyi Seruling, Pak Cik Jual Dadih Tarik Perhatian Orang Ramai