Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Akibat Offer Pelanggan Nama Muhammad Arak Percuma, Bar Ini Dikecam Teruk dan Dipaksa Tutup

Akibat Offer Pelanggan Nama Muhammad Arak Percuma, Bar Ini Dikecam Teruk dan Dipaksa Tutup

Kategori:

Hanya disebabkan mahu mencapai target jualan, enam orang staf bar diberkas polis kerana menggunakan mesej promosi berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

Memetik laporan daripada The Straits Times, sebuah bar merangkap restoran yang beroperasi di Indonesia telah menawarkan minuman beralkohol secara percuma kepada mana-mana pelanggan yang bernama Muhammad dan Maria bagi melariskan jualan.

Menurut iklan tersebut, pelanggan dengan nama Muhammad atau Maria hanya perlu tunjukkan kad pengenalan pada hari Khamis untuk tebus sebotol arak percuma.

Bar

Alkohol bukan saja haram di sisi agama Islam, malah penggunaan nama Muhammad iaitu Rasulullah untuk mempromosikan jualan arak adalah tindakan yang nyata berbaur hinaan.

Di mana-mana negara Islam sekalipun, penggunaan nama Muhammad dengan matlamat yang salah bakal mengundang kemarahan masyarakat Islam kerana jelas menyentuh sensitiviti agama.

12 Cawangan Bar Diarahkan Tutup Serta-Merta

Kesalahan yang melibatkan penghinaan agama Islam ini turut membawa kepada penutupan 12 cawangan bar tersebut di Jakarta.

Tak hanya itu, permit operasi rangkaian bar berkenaan juga difahamkan telah dirampas.

Berikutan isu ini, restoran tersebut telah mengeluarkan permohonan secara rasmi sambil menyatakan yang promosi berkenaan dilakukan tanpa pengetahuan pihak pengurusan.

Bar

Iklan Demi Naikkan Target Jualan

Menurut siasatan pihak polis, promosi berbaur hinaan terhadap Islam ini dilakukan bertujuan untuk memenuhi target jualan yang ditetapkan oleh majikan.

“Suspek war-warkan iklan ini di media sosial untuk tarik pelanggan ke sosial mereka. Kegiatan ini dilihat paling ketara bagi cawangan yang mencapai kurang daripada 60% target jualan,” jelas Ketua Polis Jakarta Selatan.

Kumpulan suspek ini didakwa atas pelbagai tuduhan termasuk menyebarkan kebencian agama. Jika didapati bersalah, suspek boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.

Justeru itu, bar tersebut juga telah memadam kesemua promosi yang sarat dengan kontroversi ini.

Perkara ini tak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Jika perkara ni berlaku di negara kita, pasti si pelaku akan turut dikecam teruk.

Semoga kejadian ini boleh dijadikan iktibar untuk semua pengusaha restoran supaya tak menggunakan agama untuk tarik pelanggan, lebih-lebih lagi untuk produk tak halal.

Kredit : The Straits Times

tags: