Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Trend Mukbang Jadi Kebiasaan, Apakah Ia Dibenarkan Dalam Islam? Jom Baca Penjelasan Mufti

Trend Mukbang Jadi Kebiasaan, Apakah Ia Dibenarkan Dalam Islam? Jom Baca Penjelasan Mufti

Kategori: ,
hukum makan secara mukbang

Trend makan secara mukbang seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Jika sewaktu ketika dahulu kelakuan tersebut hanya dilakukan oleh Youtuber luar negara seperti Korea dan Jepun namun kini berbeza.

Makan pelbagai jenis makanan dalam satu-satu masa ini turut menjadi fenomena luar biasa dalam kalangan masyarakat Melayu kita. Kadangkala melihat kerakusan segelintir dari mereka ini membuatkan kita tertanya-tanya, apakah ia dibenarkan dalam Islam?

Apakah hukum makan secara mukbang dalam Islam? Hal ini telah dijelaskan oleh Mufti Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dr Luqman Hj Abdullah. Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Apakah hukum makan secara mukbang dalam Islam?

Soalan: 

Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanyakan soalan? Adakah makan secara mukbang dibenarkan dalam Islam? Terima kasih Datuk.

Ringkasan Jawapan

Hukum mukbang adalah harus selagi mana tiada dalil yang menunjukkan pengharamannya kerana ia tidak bertentangan dengan prinsip hukum syarak. Namun perlulah ia dilakukan dengan cara mengikuti adab makan dan minum yang digariskan dalam Islam, antaranya makan makanan yang halal lagi baik, tidak makan secara berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran, tidak pula makan dengan gelojoh atau tergesa-gesa, di samping menghidupkan sunnah-sunnah dan adab-adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Huraian Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kebangkitan.

Mukbang merupakan gabungan daripada dua perkataan bahasa Korea iaitu 먹는; meongneun yang bermaksud makan dan 방송 bangsong bermaksud penyiaran. Secara istilahnya pula, ia merupakan suatu siaran langsung dalam talian di mana pengacara memakan makanan pelbagai jenis sambil berinteraksi dengan para penonton. Fenomena ini mula terkenal serata Korea Selatan pada tahun 2010.[1]

Jika dilihat, secara kebiasaannya, video-video mukbang ini dihasilkan bagi tujuan meraih keuntungan dan populariti, malah ada juga sesetengah individu yang menjadikannya sebagai lubuk kerjaya.

Mereka menjana pendapatan daripadanya melalui upah pengiklanan, mendapat tajaan daripada pihak luar, membuat perakuan dan pengesyoran terhadap sesuatu produk makanan di samping adanya sokongan dan dukungan daripada kalangan penonton sama ada dalam bentuk wang tunai mahupun jumlah tontonan.[2]

Pada dasarnya, tidak ada larangan khusus terhadap perbuatan tontonan aktiviti makan atau yang dikenali sebagai mukbang ini di dalam Islam. Hal ini kerana, kaedah Fiqh menyebut:

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya: Asal pada sesuatu perkara adalah harus.[3]

Al-Sa‘di menyebut setiap sesuatu perkara itu adalah harus selagi mana tiada sebarang dalil atau sesuatu yang menunjukkan pengharamannya.[4] Maka, aktiviti mukbang ini pada dasarnya kita katakan ia adalah harus selagi mana tidak ada apa-apa yang membuatkan ia berubah menjadi haram.

Namun, sekiranya diperhatikan, terdapat segelintir masyarakat yang dilihat melakukan aktiviti ini dengan cara yang bertentangan dengan adab makan dan minum dalam Islam. Antara yang dapat dinyatakan di sini adalah seperti berikut:

Makan makanan yang kotor dan tidak bersih

Berlakunya pembaziran

Makan dengan gelojoh dan menggunakan tangan kiri

Jelas kan sekarang apa hukum makan secara mukbang ini? Nak mukbang boleh namun pastikan segala adab yang digariskan dalam Islam dipatuhi. Makanan tu pula pastikan halal dan selamat untuk dimakan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

tags: