Pelbagai berita sedih dan duka banyak dilaporkan media semalam. Antaranya adalah kematian mayat seorang wanita hamil empat bulan dan ibu mentuanya yang dihanyutkan kepala air dalam kejadian banjir Kampung Iboi, Baling.
Setakat semalam, seramai 1424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di 3 pusat pemindahan sementara (PPS). Ia beroperasi di sekitar Kupang dan telah berkurangan kepada 495 orang setakat 8 pagi hari ini.
Satu kenyataan yang pahit ditelan, banjir yang terburuk di kawasan itu didakwa kerana satu projek tanaman durian musang king di Gunung Inas. Ia menjadi antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di beberapa buah kampung di daerah ini.
Ia dinyatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan beliau berharap projek tanaman musangking berkenaan segera dihentikan.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya yang mewakili penduduk di kawasan sekitar telah menghantar memorandum bantahan projek itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Saya mewakili penduduk sudah membawa memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 900 penduduk sekitar berserta dengan nombor kad pengenalan mereka. Penduduk pun sudah banyak kali melakukan demonstrasi berhubung isu ini.
“Projek ini diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini, isu ini bukan sebulan dua tapi sudah bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita semalam.
https://twitter.com/mattsofi/status/1543970049496457217?s=20&t=dWNNvUhf7a2Spnky4tZEew
Beliau juga berkata, dia sudah menyuarakan isu ini dalam parlimen 6 bulan lalu bahawa di Baling memerlukan kos sebanyak 300 juta untuk menyelesaikan isu banjir di Baling. Sudah berulang kali beliau merayu termasuk kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air. Akhirnya, kejadian yang tidak diingini itu berlaku jua.
Semalam juga, satu video keluhan rakyat telah tular di media sosial. Ia menunjukkan keresahan beberapa penduduk kampung di sana dan menyatakan hal-hal berkaitan projek musang king berkenaan.
“Punca musang king lah ni. Hancur habis.. Habis rakyat susah..”, kedengaran rintihan penduduk dalam video terbabit.
Banjir di Baling Kedah. Penduduk salahkan projek Musang King oleh kerajaan negeri pic.twitter.com/qADtgfCF2I
— Zunar Cartoonist (@zunarkartunis) July 5, 2022
Mungkin ada yang tertanya tanaman durian musang king tu tidak dikira penanaman semula ke selepas hutan digondol? Secara ringkasnya, hutan asal akar padat dalam tanah. Itu menyebabkan banyak akar yang memegang tanah. Jadi, kurangnya tanah runtuh.
Kebun durian berjarak, jadi, ada tempat dan ruang terbuka untuk tanah terkena hujan secara langsung. Hutan memerlukan biodiversiti flora dan fauna untuk serap atau tangkung air dengan lebih efisyen.
Sumber: Sinar Harian & Twitter