Ketika rakyat sedang bergelut dengan harga bahan mentah seperti ayam, minyak dan telur yang terus menaik, harapan dan hasrat rakyat adalah hal ini boleh ditangani dengan idea yang realistik.
Tidak boleh dinafikan, bukan setakat Malaysia yang terkena badai inflasi dunia kerana peperangan dan iklim dunia yang berubah, tetapi ia meliputi seantero negara. Tetapi, hal ini menjadi masalah apabila gaji minimum di negara ini juga turut berada di bawah paras kemiskinan, berbanding gaji minimum di negara lain.
Terbaharu, dalam kegawatan harga ayam dan minyak masak misalnya, satu hantaran Facebook yang menunjukkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed meninjau harga bayam di sebuah pasar menerima kecaman netizen.
Ini kerana, rakyat menginginkan penurunan harga ayam, bukan harga bayam pada ketika ini. Satu ciapan di Twitter oleh @yaniejela mengulas isu tersebut. Pelbagai reaksi orang ramai dilihat memberi pandangan masing-masing.
“Rakyat kecoh pasal harga ayam bukan bayam. Pening lah hari-hari macamni,” luahnya di Twitter.
Pada 3 Julai lalu, hantaran gambar oleh Mustapa Mohamed menunjukkan dia melakukan tinjauan harga sayuran dan mendapati salah satu sayur iaitu harga sayur bayam masih dalam keadaan stabil.
“Harga sayur bayam stabil,” tulisnya bagi keterangan gambar berkenaan.
Rakyat kecoh pasal harga Ayam bukannya Bayam! Pening la hari2 macam ni, “letih la s***, apebenda anat,&**#*’#_$>|!{>|$!_ pic.twitter.com/LpRLBeAQvw
— CIKYANIE (@lady_bugg11) July 5, 2022
Meninjau ruangan komen netizen, rata-rata berpendapat mereka mahukan kepastian harga makanan lain seperti ayam, telur dan minyak kerana ia boleh dianggap makanan ruji, bukannya harga bayam.
“Orang kalut harga ayam, telur dan minyak. Dia kalut harga bayam. Berapa kerat la rakyat makan bayam. Kalau naik harga 3 kali pun orang tak kalut. Fikir-fikirkan lah,” tulis @MadiA535 mengulas isu tersebut.
Selain itu, netizen lain bernama @kingkymaru memohon netizen jangan marah-marah dan tunggu PRU sahajalah.
“Jangan marah-marah. Dia dah cuba terhabis baik untuk serve rakyat. Tapi memang kelaut. Marah sini tak guna. PRU nanti ajar,” katanya.
Melalui hal ini, diharapkan pihak berwajib mengambil isu yang kritikal untuk diketengahkan dengan lebih mendalam.
Sumber: yaniejela
Baca juga: “Habis Rakyat Susah..”, Projek Tanaman Durian Musang King Antara Punca Banjir Di Baling