Kenaikan harga barangan mentah dan barangan dapur seolah-olah tiada berkesudahan. Semenjak berlakunya peperangan antara Ukraine dan Rusia, kita dapat melihat dengan jelas tentang isu dan kenaikan harga barang.
Satu persatu, daripada gandum, ayam, telur sehingga lah kepada minyak masak. Soal kenaikan harga minyak masak ini pula, pelbagai macam cerita yang didengar. Tidak kisah lah dari negara Malaysia sendiri atau pun dari negara seberang iaitu Thailand.
Walaubagaimanapun, ianya adalah satu penyiksaan buat rakyat Malaysia kerana pihak kerajaan telah menarik balik subsidi. Bayangkan harga bagi 5 kilogram minyak boleh di dapatkan pada harga RM20 lebih namun kini meningkat kepada harga RM40 lebih.
Sejujurnya ia amat menyakitkan bagi mereka yang kurang berkemampuan. Ramai dalam kalangan masyarakat kita menyerang pasar raya atau kedai yang masih meletakkan pada harga yang murah. Mungkin untuk menghabiskan stok-stok terakhir minyak pada harga yang murah.
Berkenaan dengan minyak masak ini, ada salah seorang individu di laman Facebook telah berkongsi satu ciapan yang menyamakan minyak masak dengan minyak sembahyang penganut Buddha. Mungkin sekadar ingin membuat lawak memandangkan harga minyak sembahyang tersebut lebih murah.
Ekoran itu, ia telah mendapat perhatian ramai dan dalam masa yang sama turut mendapat perhatian daripada pendakwa bebas, Firdaus Wong. Beliau menyatakan beliau faham akan keadaan semasa dngan kenaikan harga barang dan mungkin mereka cuma ingin bergurau.
Akan tetapi di dalam agama Islam, kita tidak boleh menipu walaupun sedang berjenaka. Beliau turut memberi nasihat bahawa jika kita tidak suka agama kita dihina dan menjadi bahan jenaka, maka kita tidak boleh bergurau dengan barangan agama lain.
Saya faham situasi sahabat-sahabat dengan kenaikan harga barangan cuma saya ingin nasihati diri saya & sahabat sahabat yang beriman.
Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
“Celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya karena ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (HR. Abu Daud no. 4990 dan Tirmidzi no. 2315)
Barangkali kita mahu bergurau tetapi Islam melarang kita untuk menipu walaupun ketika bergurau. Tertera jelas ‘Minyak Untuk Sembahyang Sahaja’ & saya percaya admin page tersebut tahu membaca dengan baik.
Nasihat yang kedua adalah, kita tidak suka orang menghina Islam atau menjadikan peralatan yang sinonim dengan Islam seperti songkok, kopiah, telekung, sejadah dan sebagainya sebagai alat gurauan maka kita juga tidak seharusnya menjadikan alat sembahyang penganut agama lain sebagai bahan gurauan kita.
Prinsip saya tetap sama tanpa mengira siapapun. Yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah. Kita melihat prinsip bukan melihat siapa yang melakukannya.
Semoga selepas ini tiada lagi mana-mana individu yang mengaitkan minyak masak dengan minyak sembahyang. Kita pun tak suka orang buat main-main akan agama kita, begitu juga dengan agama lain.
Sumber: Firdaus Wong
Baca juga: Kes Ibu Curi Milo, Usahawan Terkenal Azlan Al Amin Tampil Mohon Penangguhan Hukuman