Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Ada Benjolan Di Badan? Jom Cuba Cara Tradisional Ini, Hanya Guna Betik Muda Dan..

Ada Benjolan Di Badan? Jom Cuba Cara Tradisional Ini, Hanya Guna Betik Muda Dan..

Kategori: ,
cara rawat benjolan

Benjolan di kulit atau badan kita bukanlah perkara biasa yang tidak perlu kita titik beratkan. Terdapat dua jenis benjolan iaitu berbahaya atau pun tidak. Antara benjolan yang tidak berbahaya adalah seperti keratosis pilaris, kutil dan beberapa lagi benjolan.

Benjolan ini sebenarnya ketulan yang berbentuk bulat kecil atau pun besar yang tumbuh pada permukaan kulit dan lapisan otot. Penumbuhan ini kadang kala membuatkan diri berasa tidak selesa. Benjolan ini juga turut dikenali dengan nama Lipoma.

Apabila ditekan, benjolan ini tidak terasa sakit namun ia tetap menimbulkan kerisauan sedikit sebanyak dalam hati penghidap penyakit ini. Walaubagaimanpun, ia tidak berbahaya tetapi lipoma yang tumbuh dalam sistem gastrointestinal sehingga menyebabkan penyumbatan dalaman usus boleh mengancam nyawa.

Ia dikategorikan sebagai tumor dan benjolan ini akan berkembang dan membesar secara perlahan pada tubuh yang ada sel-sel lemak.

Selain perubatan moden, ada juga perubatan tradisional yang anda boleh cuba. Hanya menggunakan buah betik dan beberapa lagi bahan lain kemudian diminum. InshaAllah benjolan tersebut dapat dirawat.

Untuk lebih lanjut cara dan kaedahnya, jom kita ikuti perkongsian dari Ana Mahabu di bawah ini. 

Cara mudah merawat benjolan pada badan

Kalau di tubuh anda ada mengalami benjolan seperti contoh di gambar (kelenjar getah bening), cuba saja resepi ni.

Bahan :

  • Setengah buah betik muda ukuran sedang ( tanpa di kupas, potong-potong)
  • 2 sudu makan daun teh asli yang kering
  • 5 keping halia d iris tipis
  • 1.5 liter air

Cara Penyediaan: 

  1. Rebus air sampai mendidih, masukan semua bahan, lalu rebus 30 minit dengan api kecil.
  2. Diminum airnya 2 hingga 3 kali sehari (1gelas)

Nb : untuk tehnya boleh pakai teh apa saja yang mudah didapat.

Untuk sapu bahagian luar tumbuk daun letup-letup, tunas kunyit dan sedikit beras hingga lumat ya tampalkan tempat bengkak.

Mudah sahaja kan cara hilangkan benjolan pada badan yang dikongsikan oleh wanita ini. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu anda semua. Jangan putus asa atau semangat dengan apa yang anda hadapi, cubalah terlebih dahulu mencari penawarnya.

InshaAllah setiap penyakit akan ada ubatnya. Walaubagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesannya yang bakal terjadi. Nasihat kami, dapatkan nasihat doktor atau pakar terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ana Mahabu 

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pati Lemon, Sangat Bagus Untuk Sejukkan Badan

tags: |